View: 9094|Reply: 44
|
"Siapa Yang Tamak Ni?" - Vanidah Gesa Selamatkan SMK Convent Bukit Nan
[Copy link]
|
|
Pelakon Vanidah Imran sedih dan berang terhadap segelintir pihak yang disifatkan tamak berhubung isu pajakan tanah tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur atau CBN.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu tidak berpuas hati apabila sekolah terbabit tidak akan diberikan pajakan tanah selepas tarikh luput pada 6 September tahun ini.
“Kenapa? Pihak mana yang sangat tamak untuk mendapatkan tanah (tapak sekolah)? Sekolah tersebut mempunyai surat sokongan daripada Kementerian Pendidikan. Jadi saya tidak faham kenapa lessen pajakan tanah tidak dapat diperbaharui?” katanya.
Ujar aktres berusia 47 tahun itu lagi, Kuala Lumpur bakal kehilangan sebuah lagi bangunan ikonik dengan seni bina menarik jika CBN dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
“Jika CBN dirobohkan, Kuala Lumpur akan kehilangan sebuah lagi bangunan yang memiliki seni bina menarik. Kuala Lumpur bakal luput dengan bangunan-bangunan bersejarah seperti Le Coq d’Or Mansion yang kini telah dibangunkan menjadi hotel.
“Bangunan ikonik Penjara Pudu (Jalan Hang Tuah) yang telah dirobohkan dan bakal menjadi penempatan mewah (saya tertanya-tanya adakah roh daripada penjara pudu akan berkeliaran di situ) dan Tasputra Perkim milik Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang kini dibina sekolah antarabangsa,” tulis Vanidah.
Ujar Vanidah, dia berpendapat bahawa naratif negara ini perlu diubah untuk menjadi sebuah negara yang bangga dengan identiti, budaya dan warisan sejarah tersendiri.
Sebagai informasi, sekolah perempuan yang ditubuhkan pada tahun 1899 tersebut merupakan antara sekolah tertua di Malaysia.
Bagaimanapun, media melaporkan bahawa sekolah terbabit memfailkan tuntutan mencabar keputusan kerajaan yang tidak memperbaharui pajakan tapaknya di Jalan Bukit Nanas.
Kredit foto: IG Vanidah
Pihak sekolah mendakwa keputusan kerajaan untuk tidak memperbaharui pajakan berkenaan melanggar hak kebebasan asasi dan hak rakyat untuk mendapat pendidikan.
Sumber: K! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ot,,
awal 2000an, zaman ak skolah dlu geng2 sebaya ak ni bangga kalo skola kt cbn..
blk skola naik tren, malay girl pakai pinafour, speaking hinglis, gigi braces, lagi2 kalau yg join cheerleading, bepren mst bdk st john, pastu dating kt sg wang ,, alamak eyyy zaman tu rasa mcm dh hebat hahaha ...
kenangan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Terfikir juga yg rumah kat penjara pudu tu, mesti haunted. Jangan x laku sudahlah.
Sayangnya CBN. Kena pindah ke mcm mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
BBGS dah lama melingkop |
|
|
|
|
|
|
|
msia mmg gini..xpenah appreciate bgnn2 bersejarah..semua nak dikambus |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah bukan pada Pejabat Tanah dan Galian. Mereka terima arahan je. Jadi masalah dari siapa kalau bukan dari orang politik, exco...orang yang rakyat beri kepercayaan untuk menjaga hak, harta dan kepetingan rakyat. Agak dah ada jawatan tu berapa ramai yg masih berpegang pada prinsip dan integriti.
'You Government Officer must take the blame as we Political Master should be obeyed and will never take the blame'- itulah ayat dari Tn DO aku yang dah pencen bila dia bermesyuarat di puncak persada bersama tok menteri. Dululah.
Dulu orang politik dari orang biasa, dekat dengan rakyat.....boleh tumpangkan rakyat kalau nampak tengah menapak tu, mungkin ada lagi yang humble begini dan mungkin keadaan dan survival masa kini menyebabkan ahli politik berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti all-girls school yg akan kena demolish... BBGS, Convent Seremban, St Mary pastu ni CBN la plak... all-boys school biasanya x dikacau |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti ada campur tangan geng kayangan. Sekolah2 lama elok la dipelihara. Who's next? VI, MCKK, Melaka High School? |
|
|
|
|
|
|
|
St Mary pun dah takda ya. Malaysia ni kepunyaan tauke2 besar yang tahu cuma nak kaut duit je. Make sure next PRU jangan undi perosak negara ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
masa BBGS dirobohkan pun rasa frsut, walaupun bukan budak BBGS dan tak berapa berkenan dgn bebudak BBGS, St mary tu..tapi icnoic shool buat warga kl, BBGS tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
mengimbauuu kenangan ek sis.. rindu pulak zaman sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm kenapakah... bende authentic kot..
pasni tak merasa la generasi lepas ni.. sesilap tak tau pun kehadiran sekolah hebat mcm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
iolss suka tengok bangunan lama. masa dorang robohkan penjara pudu tu yg iolss palinggggggg geram! pastu baru ni iolss naik monorail. ipk apa yg dekat tapak penjara tu? ipk kl eh? tu pun dah jadi macam bangunan tinggal. pastu nampak ada bangunan baru belakang tu. maybe dorang pindah kot |
|
|
|
|
|
|
|
elok laa.... kambus semua identiti malaysia ni nt xde warisan budaya MALAYsia...
ehh salah gosip ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Pandainya Vee ckp omputeh {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Maideen ni klu x silap..mmg cantik sekolah ni..hari2 lalu |
|
|
|
|
|
|
|
sokong kak vee.. well said.. |
|
|
|
|
|
|
|
Next? Masjid negara kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|