Wanita melemaskan tiga anaknya hanya untuk melindungi mereka daripada didera.
Lapor Metro, Liliana Carrillo, 30, disyaki membunuh anak perempuan berusia tiga tahun, anak lelaki berumur dua tahun dan bayi perempuan enam bulan.
Liliana dari Bakerfield di California mengakui berbuat demikian kerana mahu menjauhkan anak-anaknya daripada bapa mereka, Erik Denton.
Kredit foto: Jabatan Polis Los Angeles/Daily News
Dilaporkan, pasangan itu dalam proses menuntut hak jagaan tiga anak tersebut apabila mereka ditemukan meninggal dunia pada 10 April lalu.
Menurut polis, Joanna, Terry dan Sierra dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh nenek mereka di sebuah apartmen di Reseda di Los Angeles.
Berikutan kejadian, Liliana kini ditahan di Penjara Kern County.
“Ketika anak-anak saya dilahirkan, saya berjanji untuk melindungi mereka.
“Saya amat sayangkan mereka dan tidak berhasrat untuk melakukan demikian, tetapi saya lebih rela anak-anak saya tidak diseksa dan didera seumur hidup,” kata Liliana ketika disoal siasat polis.
Polis masih belum mendedahkan motif pembunuh, namun rekod mahkamah menunjukkan terdapat pertikaian mengenai hak jagaan anak antara Liliana dan Denton.
Berdasarkan laporan, kanak-kanak terbabit tinggal bersama Liliana, namun Denton dikatakan boleh mengancam keselamatan mereka.
Berdasarkan dokumen mahkamah, Denton memfailkan petisyen hak Liliana anak pada 1 Mac lalu dengan mendakwa Carrillo sering berkhayalan dan membawa lari anak-anaknya serta enggan memaklumkan keberadaan mereka.
Liliana pula memfailkan perintah larangan dan mendakwa Denton sering berada di bawah pengaruh alkohol yang mungkin melakukan serangan seksual terhadap anak sulungnya.
Sumber: Utusan |