KOTA BHARU: Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau Influencer daripada Kerajaan Negeri Kelantan.
Bagaimanapun, Neelofa tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana dipercayai berada di Langkawi atas urusan perniagaan selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu. Bukan itu sahaja, wakil keluarga Neelofa juga tidak hadir ke majlis untuk menerima anugerah itu.
Dalam pada itu seorang wanita Orang Asli dari Pos Tuel Gua Musang, Andak Anjang, 44 dianugerah Tokoh Khas Wanita Orang Asli. Andak ketika ditemui berkata, terharu selepas diberitahu dipilih sebagai penerima anugerah Hari Sayyidatina Khadijah tahun ini.
PS: Kalau keluarga buzy kan si Rosit boleh pegi ambilkan.... dulu Anugerah dari Monte Carlo, si Rosit sanggup pegi Agak nya kalau Anugerah dari America atau London tentu hajjah akan pegi
|