View: 2422|Reply: 12
|
Kahwin 4 Kali, Cerai 3 Kali Sebab Nak Cuti Panjang
[Copy link]
|
|
Taipei: Seorang lelaki sanggup berkahwin empat kali dan bercerai tiga kali dalam masa 37 hari semata-mata mendapatkan cuti panjang.
Ini kerana undang-undang di Taiwan membenarkan seseorang yang bernikah mendapat cuti lapan hari.
Oddity Central melaporkan seorang kerani di negara itu berkahwin pada 6 April tahun lalu.
Pada hari terakhir cutinya, dia menceraikan isterinya dan berkahwin semula keesokan harinya untuk mendapat kemudahan cuti sama.
Gambar Hiasan
Dia mengahwini wanita sama empat kali dan menceraikannya tiga kali dalam masa 37 hari.
Dengan itu dia mendapat cuti berbayar 32 hari.
Bagaimanapun, ia tidaklah semudah dirancang kerana majikannya tahu apa yang cuba dilakukan lelaki itu dan tidak meluluskan cuti.
Kerani itu membuat aduan pada Biro Tenaga Kerja Bandar Taipei, mendakwa bank tempat dia bekerja tidak mematuhi undang-undang buruh.
Dia memberi alasan layak mendapat cuti 32 hari selepas berkahwin empat kali.
Biro Tenaga Kerja melakukan penyelidikan terhadap aduan itu dan memutuskan bank itu melanggar Undang-Undang Buruh.
Majikan terbabit didenda 20,000 dolar Taiwan (kira-kira RM2,890) Oktober tahun lalu, namun mengemukakan rayuan kerana mendakwa ia penyalahgunaan cuti perkahwinan oleh pekerjanya.
Pada 10 April lalu, Biro Tenaga Kerja Beishi memutuskan walaupun perbuatan pegawai bank berkenaan tidak beretika, tetapi lelaki itu tidak melanggar undang-undang.
Sebaliknya, bank berkenaan melanggar Artikel 2 peraturan cuti buruh.
Kes itu menjadi tular di media sosial apabila ia mencetuskan perdebatan hangat terutama mereka yang tidak percaya dengan keputusan itu.
Selain itu, ada yang menyifatkannya bakal membuka ruang kepada sesiapa saja melakukan tindakan sama.-CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
memang mejikan la kena sbb langgar akta, walaupon pekerja tak beretika.
|
|
|
|
|
|
|
|
buat la syarat cuti kawin boleh guna sekali je sepanjang kerja..
kau nak kawin banyak kali, sila guna annual leave.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti sebab cuti kawin tu dah termaktub dalam akta buruh diaorang... Bukan under company..
|
|
|
|
|
|
|
|
cepatnya proses cerai dia. |
|
|
|
|
|
|
|
ni guna otak kat tempat lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijak pekerja dia sbb jumpa loophole dkt malaysia ni depends pd company nk bg berapa. Ada hamjad bg sehari je - tarikh hari kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
kahwin cerai wanita sama berulang kali? yang pejabat daftar kahwin tu kemahen laju jah buat proses ceraikan kahwinkan ceraikan kahwinkan balik? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku majikan, aku biar je... Luluskan je cuti kerani tu. Nanti bila dia masuk kerja balik, bagi kerja berat dan sentiasa cari kesilapan dia. Lepas tu boleh pecat notis serta merta |
|
|
|
|
|
|
|
bijak mengunakan peluang walaupun tak beretika.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|