View: 6746|Reply: 53
|
Nak Kahwin Konon, Duit Janda Kerja Gomen Lesap RM223,010 Ditipu Kekasih Berpangk
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Menjalin hubungan cinta dan dijanjikan untuk berkahwin menyebabkan seorang ibu tunggal lesap RM223,010 kerana diperdaya sindiket 'Love Scammer'.
Taktik itu digunakan suspek dengan menyamar sebagai individu yang berpangkat 'Datuk' dan berkenalan dengan mangsa yang juga seorang penjawat awam berusia 44 tahun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, mangsa berkenalan dengan suspek yang kononnya menetap di Amerika Syarikat menerusi media sosial Facebook pada November tahun lalu.
Gambar Hiasan
"Mangsa dan suspek kemudiannya meneruskan hubungan menggunakan aplikasi Whatsapp dan lebih kurang dua bulan selepas itu suspek memberitahu ingin menjalinkan hubungan lebih serius serta berhasrat untuk berkahwin.
"ada Januari lalu, suspek menyatakan dalam proses berpindah ke Malaysia untuk bekerja dan mendakwa kad kreditnya mengalami masalah untuk digunakan.
"Sehubungan itu, suspek meminta wang daripada pengadu untuk pelbagai tujuan dan antara Januari hingga 9 April lalu, mangsa sudah membuat sekurang-kurangnya 59 transaksi pembayaran ke 10 akaun bank milik individu berbeza dengan jumlah RM223,010," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Shafien berkata, sumber wang mangsa adalah daripada simpanan bank termasuk Tabung Haji miliknya dan anak serta jualan barang kemas.
Selain itu ia juga hasil jualan kereta yang dihadiahkan oleh bekas suaminya dan pinjaman daripada bapa serta abang pengadu serta pinjaman bank.
Beliau berkata, wanita itu disyaki ditipu apabila suspek meminta wang RM1,700 dengan alasan kononnya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana tidak memakai pelitup muka dan dikenakan kompaun RM1,000 serta perlu membayar RM700 sebagai kos perbelanjaan semasa ditahan.
"Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).
"Sepanjang tahun ini, sebanyak empat kes dilaporkan berkaitan Love Scammer dan ini adalah kerugian paling besar yang dilaporkan.
"Saya menasihatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan janji manis individu yang baharu dikenali di laman sosial kerana itu adalah modus operandi scammer yang akhirnya akan membawa kepada kerugian," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. naive sangat.
dh bersepah scam with cliche sob stories macam ni..
still ade jugak yang tersungkur..
tak paham iols.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mungkin individu berpangkat Datuk tiada uwang |
|
|
|
|
|
|
|
Berlambak datuk datuk kat sskjp.dato obersea jugak didambakan..dah datuk patut dia bagi ko duit..bukan ko begolok gadai bg dia duit |
|
|
|
|
|
|
|
2 bulan dah ajak kawen, giler p percaya....
sian acik, nk kwen x dpt, duit lesap... tabah la yea |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh.. xtau nak ckp ape dah |
|
|
|
|
|
|
|
Why so stupid???? Ai really kenot brain this.. different akaun yee kena transfer,xkan kat situ xde rasa pelik..pstu duit sendiri,duit anak,harta benda,semua abes bergadai semata2 kerana jantan y ntah wujud ntah tak..bt pulak pinjaman,mmg tempah maut laa .
Buat report nak jd apa?mmg xkan dpt balik duit tu..xkan xtaw scammer ada di mana2 institusi.. please laa..jgn jd bodoh sgt! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la namanya cinta itu buta
Da byk hint pun xleh nak hagak kena scam |
|
|
|
|
|
|
|
desperate sangat dah tu..
buke sene nak dapak laki amerika ork.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh aku hangin baca kes2 gini. lagi2 duit ditabur beratus ribu siap buat loan utk lelaki yg ko x pernah jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhaiii ada lagi ke tekena gini...
Kalau tsalah maksud bank web- boleh terima logik
Ni sendiri pi transfer |
|
|
|
|
|
|
|
Asal janji nk kawin je..sanggup berhabis duit..haiyooo |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak gila kerugian, siap buat personal loan.
Dah kena bayar hutang pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Banyaknuya duit kakk..tau plak scammer ni dia poket tebal |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mudah sangat nak serah segala2nya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
desperate sangat ni..sampai x leh pikir secara betul...tak kan lah dato dari luar x ada duit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai..siap jual barang bagai. Ni kes sayang betul2 ni. Dulu kawan iols hampir terkena jugak tapi nasib baik kawan iols ni jenis yang suka bertanya pada iols. Konon alkisah mamat tu mengaku pegawai kerajaan Jusa C gred 41. Sekali iols dengar gred mamat tu memula ketawa dulu baru tumpang sedih kemudiannya. Jusa konon, top up handphone mintak makwe yang isikan. |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo acik .banyak nya duit acikk. takkan la bodo sangat tak tau tu scam. mintak duit tu pun dah petunjuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti setting FB dia public. Sah sah scammer tau life dia macam mana, senang nak cucuk jarum. |
|
|
|
|
|
|
| |
|