View: 2838|Reply: 16
|
Asmidar Ketakutan, Trauma Tengok Khemah Terbang
[Copy link]
|
|
Penyanyi Asmidar berkongsi detik cemas apabila tapak bazar Ramadan tempatnya dan keluarga berniaga di Wangsa Maju, di sini, dilanda ribut, petang semalam.
Menceritakan kembali kejadian itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang itu mengakui, dirinya ketakutan apabila ribut turut memusnahkan makanan yang dijual peniaga di bazar berkenaan.
Foto: IG
"Segala-galanya berlaku dengan pantas. Hujan dan ribut yang kuat menyebabkan banyak khemah peniaga terbang. Mujur ketika kejadian, ada ayah, emak dan abang membantu menyelamatkan gerai.
"Kasihan melihat mereka yang berniaga seorang diri. Mana nak pegang khemah dan nak pastikan barangan jualan selamat. Akibat kejadian ini, ada gerai yang terpaksa menghentikan perniagaan lebih awal apabila makanan yang dijual rosak dan jatuh ke tanah, selain khemah terbang," katanya kepada BH Online.
Meskipun menerbitkan perasaan trauma, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu reda dengan apa yang berlaku.
"Bayangkan hari pertama berniaga berdepan dengan situasi mencemaskan ini. Tentunya saya sedikit trauma. Apapun, saya reda dan anggap ini adalah dugaan Ramadan.
"Nasib baik makanan yang dijual selamat dan bolehlah meneruskan perniagaan. Saya berdoa semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi hari ini," katanya yang berniaga murtabak dan sambal ikan bilis.
Dalam perkembangan lain, Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad meluahkan rasa teruja apabila single terbaharu yang menyaksikannya bergandingan dengan penyanyi baharu, Nami Harez sedang rancak berkumandang di kaca televisyen.
Single berjudul Kan Ada Setia hasil ciptaan Nami Harez dan Sharon Paul itu terpilih sebagai lagu runut bunyi drama bersiri,
"Sebelum ini, Nami pernah cuba berduet dengan penyanyi lain, tetapi tak sesuai. Nama saya dicadangkan oleh Sharon dan mungkin menjadi rezeki saya. Selepas mencuba, nyata vokal kami sangat serasi.
"Ada kemungkinan kami akan bergandingan sekali lagi. Kali ini, saya dan Nami akan merakamkan lagu raya yang pernah popular suatu ketika dahulu," ujar penyanyi berusia 35 tahun itu. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam keadaan mcm tuh sempat lg record up masok ig |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kan kat peniaga sbb skrg musim hujan pakej ribut guruh di petang hari...
tp bila pikir makanan yg selalu tak sedap dan harga yahud... hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 15-4-2021 01:52 PM
Dalam keadaan mcm tuh sempat lg record up masok ig
Kannnn.. time terdesak cmtu xde dh Igt nk capai phone bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Asmidar ali setan mana pulak nihhhhh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Eh br smlm tgk youtube lagu lama dia sampai bintang tu
Itu je la kot lagu dia yg popular |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu masa Di liga dangdut kt tv Indonesia
Dipuja
Tetapi tk lpas ke final |
|
|
|
|
|
|
|
so...so...soooo...nak nempel sekadar tuk tunjuk masih ujud ker apa. btw who r yusss |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni sayang nak kata takde bakat, lagu Biar Sampai ke Bintang sedap kot smpai aku mnangis tiap kali dgar lagu tu..sdih sgt tpi tu la dia ni tak mendonia padahal suara sejuta kali lagi sedap dari ciknab chipmunk tu |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 15-4-2021 02:12 PM
Kannnn.. time terdesak cmtu xde dh Igt nk capai phone bagai..
Kalo i kt tpt dia dlm kepala sedih mngenang brg bjual semata2. Xdan nk merempan kt socmed |
|
|
|
|
|
|
|
Cik_jantung replied at 15-4-2021 01:53 PM
kesian kan kat peniaga sbb skrg musim hujan pakej ribut guruh di petang hari...
tp bila pikir ma ...
Kaka, kt kt umah i niiiii roti jala seketui 50sen kuah kari kosong,air laicikang 1 cup besaq isi bubur kacang/pulut hitam tu rm8!! Skali tu ja la p param. Padan patut hr2 hujan ribut. |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia ni. tkda aura tkda luck. suara not bad. tp x leh g jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry...ai xkenal dia ni .whoissheeeee |
|
|
|
|
|
|
|
kalau akk lah tak sempat fikir nak rakam2 ni..selamatkan dl semua brg tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 15-4-2021 08:29 PM
Kaka, kt kt umah i niiiii roti jala seketui 50sen kuah kari kosong,air laicikang 1 cup besaq isi b ...
Ya ampunnnn gi haji balik hari la tuuu.. sbnrnya kos roti jala bukan besar pun. Sekilo tepung baru 3 ringgit. Setalam dapat roti jala. Yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya peniaga yg barang niaga rosak dan khemah runtuh dek hujan tu. iols tak p bazar ramadhan tahun ni, malas beramai2 makanan biasa2 je. Kalau tapau makanan pn beli dari kedai atau panda, koser nak beramai2 di bazar |
|
|
|
|
|
|
| |
|