Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid telah melakukan satu kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram miliknya, Mawar dilihat telah menghadiahkan seutas gelang dan sebentuk cincin emas kepada ibu mentuanya.
Foto: IG
Turut sama meraikan momen istimewa itu ialah suaminya, Raf Yaakob.
“First time hadiahkan gelang emas kat ibu. Birthday surprise to ibu my MIL @rsd.umi," tulisnya.
Menurut Mawar, ini merupakan kejutan paling istimewa kepada ibu mentuanya setelah empat tahu mendirikan rumah tangga bersama suaminya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap murni Mawar bersama ibu mentuanya.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, 2 tahun dan Raden Seri Rossabella Cinta, 4 bulan. -CARI
Anyway omputih dah tak beli diamond dah becoz depe pi beli moissanite pulak. Moissanite is the shiniest or the most brilliant stone in the world becoz it has the highest refractive index sampekan diamond pon kalah. Cheaper pulak. Tapi reflection dia warne-warni so U kenot say dat it is a diamond. Becoz diamond reflect cahaye putih.
Pulaknye sekarang ney dah ade lab grown diamond. Properties sama sebijik macam natural diamond. Dulu sume orang dah saspen camne nak cek. Pehtu they came up with this machine: