View: 2878|Reply: 14
|
Dituduh Salah Guna Duit Rakyat! Ini Penjelasan Menteri Agama Naik Pesawat Mewah
[Copy link]
|
|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil memberi penjelasan susulan tularnya satu video memaparkan beliau menaiki pesawat mewah ketika lawatan kerjanya ke Arab Saudi.
Menerusi satu bebenang di Twitter, Zulkifli berkata lawatan kerjanya ke negara tersebut yang bermula Jumaat lalu, ditaja sepenuhnya Liga Muslim Sedunia (MWL).
"Saya menaiki penerbangan Saudia Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain.
"enerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya oleh MWL.
"Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah.
"Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan," katanya.
Kredit foto: mStar
Tambah Zulkifli, semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang lawatannya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja sepenuhnya oleh MWL.
"Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada kerajaan Malaysia.
"Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana atau menuju ke sana adalah tidak benar," ujarnya.
Zulkifli dalam masa yang sama berkata beliau sangat menghargai tindakan beberapa pihak yang meminta kepastian daripadanya dahulu sebelum membuat tuduhan.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata beliau memaafkan pihak yang membuat andaian berbaur fitnah terhadapnya.
Kredit foto: mStar
"Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.
"Saya doakan semoga Ramadan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredai-Nya," ujarnya lagi.
Penjelasan ini dibuat selepas video berdurasi hampir seminit memaparkan Zulkifli dan delegasinya berada dalam sebuah pesawat mewah ketika mengadakan lawatan ke Saudi tular.
Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen di mana ada yang melemparkan tuduhan mengaitkan lawatan tersebut dengan wang rakyat. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beb...janganlah marah dia....nanti dia jadi Bangang Bin Bengong pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 14-4-2021 10:03 AM
Bangang betul. Dalam Akta, ada sebut tak boleh terima hadiah, saguhati, tajaan, yang berkaitan. Jika ...
Nmpk sgt rasuah dlm cara halus.PNtat betul la.haha. |
|
|
|
|
|
|
|
ini atas hubungan G2G laaaa
covid-19 ni buatkan byk netizen dh mcm x blh berfikir dgn baik.
adoiiii |
|
|
|
|
|
|
|
kapal tebang tu tajaan pi balik, bukan bentuk hadiah, saguhati, tajaan yg menguntungkn menteri pun, dia buat tuju destinasi pi balik je wei, antara gomen to gomen , ape dia leh simpan tiket tu jual balik kt shopee smpai ribu2 rm ka?
lainla dia bagi gelang, beg , baju, kasut, jam tangan cm bijan dpt tu, tu barula bntuk rasuah.psl boleh disimpan ,ada nilai.
cthla ko ada kwn nk bawa pi melwat negara ko, pstu ko plak kayo gilos, income sehari juta2, takat beli kapal tebang tu bape sen je.. ade elok ka ko tajaa kwn tu naik kapaltebang kelas ekonomi je ke?, kan bingai namanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la pasal... kalau dah benci semua salah. Baguslah Kerajaan Saudi sponsor flight.. jimat duit kerajaan. Kalu nak kira rasuah, apa la sangat Putera Gabenor Madinah nak mintak dari Menteri Agama Malaysia. Raja depa dulu lagi selamba bagi derma 2.6 billion kat PM kita, setakat sponsor flight takde benda.
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm....hati kalau dah hitam mcm ni lah |
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 14-4-2021 10:03 AM
Bangang betul. Dalam Akta, ada sebut tak boleh terima hadiah, saguhati, tajaan, yang berkaitan. Jika ...
Lohhh
Dia bukan pergi untuk urusan tender jual beli ke apa
Urusan negara
Bukan melibatkan nak buat kwutusan beli benda ke apa
Ko faham ke tidak maksud tak leh terima hadiah segala tu?
Ini kalau dia naik ekonomi seat pon takde merubah apa2 keputusan kerana ini hanya urusan melibatkan dua negara
Orag negara sana nak belanja apa masalah?
Pening la ko |
|
|
|
|
|
|
|
Ni urusan diplomatik
korang marhaen caprut
kais pagi mkn pagi ape taw |
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 14-4-2021 10:03 AM
Bangang betul. Dalam Akta, ada sebut tak boleh terima hadiah, saguhati, tajaan, yang berkaitan. Jika ...
Bangga tayang bodoh kat org yer |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu aku banyak je G2G bagi pakej kursus la apa la antara penjawat awam... Selama ni x salah pun???
Netizen dah makin bodoh ke? Fitnah Norma baharu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah Ya Tuhanku...
sesungguhnya aku sedang berpuasa...
dugaan apakah inih...
semoga kita dapat raya tahun ni guys...
tu je aku doa...
menteri2 ni lantak la...esok ko jawab la kat akhirat nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah prebet jet tu ditaja, tapi yg.ikut dia tu travel agent umrah tuh. Tetap aja dilihat suspicious di mata rakyat. Dah pandai pasang kroni ka cemana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok sangat macam tak pernah naik kapal terbang.
Lepas tu riak menunjuk share dengan yang tak dapat pergi, kan dah jadi viral.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|