Tular di media sosial video membabitkan ahli parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith yang tertidur ketika majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan berlangsung.
Kredit foto: Free Malaysia Today
Video tersebut turut dikongsikan menerusi Facebook bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Menerusi rakaman video berdurasi 0:45 minit itu, ahli parlimen berkenaan dipercayai terlena di kerusinya sehingga tidak sedar bahawa namanya sudah dipanggil pengacara majlis bagi menyempurnakan program dan kelihatan tiga individu cuba mengejutkannya dari tidur.
Kredit foto: Facebook Najib Razak
Berikutan kejadian itu, Malaysiakini melaporkan bahawa ahli parlimen tersebut memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf mengenai insiden berkenaan.
Kredit foto: Twitter Eddin Syazlee via Facebook Najib Razak
Menurut Pegawai Tugas Khas Timbalan Menteri Kerja Raya iaitu Farahiah Zubir, Datuk Eddin berada dalam keadaan kurang sihat, namun beliau tetap hadir ke majlis berkenaan bagi memenuhi undangan jemputan.
Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysa (KKM) pada zaman pandemik ini adalah sesiapa yang berasa kurang sihat tidak patut hadir ke tempat kerja atau hadir dalam apa-apa upacara awam.
Mencegah lebih baik dari mengubati. - CARI |