CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 0

Polis AS guna semburan lada terhadap anggota tentera kulit hitam

[Copy link]
Post time 13-4-2021 12:38 AM | Show all posts |Read mode






WASHINGTON: Gabenor Virginia semalam mengarahkan siasatan penuh selepas rakaman menunjukkan dua pegawai polis mengasari seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam.


Video yang menjadi viral itu menunjukkan dua pegawai polis menahan seorang anggota tentera berkulit hitam sambil mengacukan senjata dan melepaskan semburan lada ke muka mangsa.


Leftenan Caron Nazario yang berkulit hitam dan berbangsa Latin, berulang kali menanyakan apa kesalahannya dan menyifatkan penahanannya sebagai tidak masuk akal kepada anggota polis yang mengacukan pistol kepadanya.


Pihak polis pula mendakwa mereka memintanya keluar daripada kenderaannya tetapi menuduhnya tidak bekerjasama. bagaimanapun, dia dibebaskan tanpa tuduhan selepas kejadian itu.


Nazario, yang berpakaian seragam tentera, ketika itu sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang baharu dan ditahan polis kerana kenderaannya belum dipasang plet nombor pendaftaran tetap.


Gabenor Virginia, Ralph Northam, dalam satu kenyataan, berkata beliau mengarahkan polis menjalankan siasatan bebas terhadap kes itu, yang beliau sifatkan sebagai mengganggu dan menimbulkan kemarahannya.


Menurut laporan yang dipetik oleh Washington Post, Nazario yang juga pegawai pentadbiran kesihatan Virginia National Guard, memandu kenderaannya pada 5 Disember ketika ditarik keluar polis terbabit.


Rakaman daripada kamera badan pegawai polis dan telefon bimbit Nazario tersebar dengan cepat pada hujung minggu lalu selepas Nazario mengemukakan tuntutan pada 2 April, menuntut ganti rugi AS$1 juta (RM4.14 juta)


Berdasarkan tuntutan yang difailkan, pihak polis didakwa mengancam akan menamatkan kerjaya tenteranya sekiranya beliau bercakap mengenai tingkah laku mereka.


Nazario berkata tuntutannya bertujuan memastikan warga Virginia selamat ketika berinteraksi dengan polis kerana penguatkuasaan undang-undang perlu adil lagi saksama dan anggota polis harus bertanggungjawab. - AFP




Sumber : Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.062557 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list