|
Laungan azan di tengah padang pasir pada jam 3.30 pagi secara tiba-tiba bergema di telinganya semasa bertugas sebagai anggota pasukan tentera di Bosnia tujuh tahun lalu.
Bekas juara dart dunia, Ryusei Nemoto, 44, berkongsi saat beliau menerima hidayah ALLAH SWT dan bersyukur kerana terpilih sebagai Muslim.
Menceritakan pengalaman itu, Ryusei pada mulanya terkejut dengan suara yang didengar dalam suasana sunyi pagi itu, lantas beliau bertanyakan rakan sepasukan sekiranya bunyi itu dari komputer riba atau radio, namun rakannya memberitahu tidak mendengarnya.
Kredit foto: Awani
Beberapa tahun selepas itu, lelaki itu pergi ke Jakarta sekali lagi untuk menghadiri majlis reunion bersama rakan sekolej.
“Ketika sedang berbual, saya sekali lagi terdengar suara azan. Saya tertanya-tanya maksud suara itu dan nekad mencari jawapan kerana setiap kali terdengar bunyi tersebut, hati menjadi tenang,” katanya kepada Sinar Harian.
Ryusei berkata, beliau mula mengembara ke wilayah dan seluruh kampung termasuk ke Aceh, Lampung dan Jawa Timur serta singgah di masjid semata-mata mahu mendengar azan dan menyelidik perkara itu.
Menurutnya, lapan bulan berada di Indonesia, beliau menjelajah ke beberapa lokasi lain untuk mencari jawapan yang beliau sendiri tidak pasti.
Pengalaman ke beberapa buah negara sebelum ini membolehkan Mohamed Khidir mengamati dan mempelajari cara hidup Islam.
UJIAN HEBAT
Ryusei yang fasih berbahasa Melayu berkata, niat memeluk Islam timbul ketika berada di Singapura beberapa tahun selepas kejadian itu.
Bermula saat tersebut, beliau mula mengubah cara hidup dan penampilan sebagai seorang Muslim.
Tatkala terdetik hati menerima Islam, Ryusei kemudian diuji apabila seorang demi seorang insan yang dicintai pergi buat selama-lamanya.
“Dua minggu selepas datuk meninggal dunia, nenek pula ‘pergi᾿. Saya kemudian diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapa, bapa saudara dan adik perempuan kembar saya maut apabila pesawat dinaiki terhempas ketika dalam penerbangan ke Hawaii. Hati saya sedih dan pilu.
“Bagaimanapun, saya memujuk hati dan mencari kebenaran yang akhirnya mendapat jawapan, sesungguhnya manusia tidak boleh kekal di dunia ini melainkan hanya Dia Yang Maha Kuasa,” luahnya.
SENDIRIAN DI MAKKAH
Disebabkan rasa membuak-buak ingin mendalami Islam, Ryusei nekad berkunjung ke Makkah.
Ketika tiba di tanah suci itu, beliau terpegun melihat ketekunan umat Islam mengejar pahala berbuat kebaikan, mengerjakan ibadat haji dan umrah.
Mohamed Khidir meluangkan masa bersama keluarga angkat di Malaysia.
Beliau akhirnya nekad dan yakin dengan ajaran Islam sekali gus membuat keputusan ingin mengabdikan diri kepada ALLAH SWT.
Atas sokongan keluarga angkat di negara ini, akhirnya beliau mengucap syahadah secara rasmi di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah pada 23 Mac lalu menggunakan nama Mohamed Khidir Hakim.
Mohamed Khidir yang mempunyai kepakaran profesional dalam pelbagai bidang ingin memulakan hidup baharu dengan diari kehidupan yang lebih bermakna.
Mohamed Khidir yang pernah dinobatkan juara dart dunia kini nekad meninggalkan segala-galanya untuk menumpukan kepada pembelajaran agama.
Aktif 19 tahun dalam sukan dart, beliau tidak mahu pengalamannya dalam beberapa kejuaraan terkubur, malah berhasrat menjadikan permainan itu diterima masyarakat Malaysia sebagai salah satu aktiviti keluarga tanpa dipengaruhi budaya songsang barat.-CARI
Sumber: Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|