View: 6005|Reply: 28
|
Khalis The Real Spin Sakit, Bukan Sebab Dadah
[Copy link]
|
|
"Suami saya tidak merokok, apatah lagi nak ambil dadah," kata Zalina Azman, 40, isteri penyanyi kumpulan The Real Spin, Khalis Shari menafikan komen negatif segelintir netizen yang mengaitkan suaminya dengan penyalahgunaan dadah berikutan tular gambarnya dalam keadaan terlalu kurus dan cengkung.
Terdahulu, tular di media sosial foto Khalis atau nama sebenarnya Muhammad Khalis Md Shari, 32, yang kelihatan amat pucat serta badan yang kurus didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.
Lebih menyedihkan, kebanyakan komen netizen berkaitan foto itu mendakwa Khalis menjadi begitu disebabkan sakit akibat mengambil dadah.
Kredit foto: Harian Metro
Zalina ketika dihubungi mengakui foto yang tular itu adalah suaminya, namun orang ramai tak perlulah menjatuh hukum lebih awal terhadap Khalis tanpa tahu mengenai tahap kesihatannya.
"Suami saya seorang yang anti dadah dan dia juga bukan perokok. Keadaan kesihatannya kurang baik disebabkan penyakit kencing manis yang dihidapi selama ini.
"Khalis hanya diketahui menghidap kencing manis, Februari lalu apabila dia dimasukkan ke ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban kerana paras gula dalam badan terlalu tinggi," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai tubuh Khalis terlalu kurus dan wajah cengkung, Zalina berkata, berat badan suaminya yang kini masih dirawat di HTJ sejak kelmarin hanya 32 kilogram (kg) berbanding sebelum sakit, 50kg.
Zalina berkata, pagi kelmarin Khalis masih dalam keadaan baik, bagaimanapun pada waktu tengah hari dia tiba-tiba separuh sedar.
"Saya cuba memanggilnya tetapi tiada respon sebelum kami membawanya ke HTJ. Dia kemudian dimasukkan ke zon merah jam 5 petang hingga 11 malam kelmarin. Selepas itu baru dia ditempatkan di wad biasa.
"Bagaimanapun, semalam dia mula sedar dan sudah boleh bercakap. Namun, tubuhnya masih sangat lemah serta kurang bertenaga," katanya.
Menurut Zalina, doktor memaklumkan suaminya menjadi lemah dan tidak sedarkan diri kerana kandungan garam dalam badan menurun akibat tiada selera makan termasuk kurang minum.
"Apapun, saya mohon hentikan komen- komen negatif terhadap suami terutama dakwaan dia mengambil barang terlarang itu. Sebagai isteri, saya kesal suami didakwa sebegitu sedangkan dia sebenarnya dalam keadaan sakit.
"Saya juga mohon doakan yang baik-baik buat suami dan semoga dia kembali pulih. Saya tahu mulut orang tak boleh ditutup dan kami hanya mampu positif saja menghadapi perkara ini," katanya.
Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin dan abang kepada penyanyi, Tajul Ariff pernah popular dengan lagu Semakin Rindu pada 2017. Video muzik lagu itu di YouTube sudah mencatat 10 juta tontonan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau plak ada the real spin..
Slalu tengok spin kat mesin basuh je..
Diabetis mmg bolehnjadi kurus sgt kan..
Mak iols jadi semakin kurus...ingat sebab aah iols meninggal dolu
Rupanya diabetis..tau pon sebab mak iols pening kepala n.demam..rupanya gula tinggi
Hati2 lahnkita
Marilah mulakan gaya hidup.sehat
|
|
|
|
|
|
|
|
Diabetes mmg bole buat org jadik kurus. Aku pn kena diabetes time ujung2 pregnant. Mula2 igt pening pala sbb letih keje, Alih2 gula tinggi dlm bdn.
Now control mkn
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya 32kg.. kalau macam keadaan pesakit macam ni.. makan pun tak selera.. macammana ye nak beri rawatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Muka adik dia ni sebijik muka arwah achik. Btw, semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
epuepy replied at 10-4-2021 11:02 AM
Diabetes mmg bole buat org jadik kurus. Aku pn kena diabetes time ujung2 pregnant. Mula2 igt pening ...
Bukan penyakit diabetis tu sbbkan kuruskan. Kalau baru diagnos diabetik doktor akan start dgn ubat metformin, ubat tu boleh sbbkan kurus, plus kenabtukar lifestyle. Lifestyle changes tu sbb jadi kurus gak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau suara pn dia antara yg paling mirip suara arwah achik spin tp sayang dia ni tak berapa nk ditonjolkn.
Apepun moga khalis diberikan kesembuhan
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan dari penyakit yg dihidapi. |
|
|
|
|
|
|
|
caprut: Bukan penyakit diabetis tu sbbkan kuruskan. Kalau baru diagnos diabetik doktor akan start dgn ubat metformin, ubat tu boleh sbbkan kurus, plus kenabtu ...
memang uncontrolled diabetes boleh sebabkan badan jadi kurus.. bila badan tak boleh serap gula melalui darah, badan terpaksa burn fat dan muscles utk dapatkan tenaga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau siapa but get well soon la and hopefully betul xdadah ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by asfaz at 10-4-2021 08:20 PM
caprut replied at 10-4-2021 12:32 PM
Bukan penyakit diabetis tu sbbkan kuruskan. Kalau baru diagnos diabetik doktor akan start dgn ubat ...
Tpi sisthur,my asben sebelum tahu dia ada diabetes,badan dia susut .Dari 60+kg turun 50+kg. Ketara kurusnya .Walhal makan macam biasa. Lama jugak la kurusnya.
Pastu raya ,dia cerry berry berapa hari. Jumpa doktor ,dia tergerak hati nak cerita pasal berat badan turun,mak nya ada diabetes. Doktor cek..nahhhh kauuu bacaan gula 28. Terus refer hospital.
Dah start makan ubat baru nampak naik balik badannya. Syukur sangat masa tak tahu dia ada diabetes dan tahap gula tinggi tu dia takde luka apa-apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu dia ada adik beradik lain yg jadi penyanyi... Si khalis ni, tajul, awis, beby acha (anje baby)... Siannya.. dh kena diabetes |
|
|
|
|
|
|
|
Levespa replied at 10-4-2021 04:48 PM
memang uncontrolled diabetes boleh sebabkan badan jadi kurus.. bila badan tak boleh serap gula m ...
Kenapa bdn dah xboleh serap gula melalui darah? I selalu tertanya2 kenapa la diabetes makin kurus. Ingatkan sbb xde selera mkn, dri komen uols baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 11-4-2021 12:12 AM
Kenapa bdn dah xboleh serap gula melalui darah? I selalu tertanya2 kenapa la diabetes makin kurus. ...
sel2 badan kita tak boleh simply serap je glucose dari darah.. mesti ada insulin.. insulin ni kiranya mcm anak kunci la utk bukakkan channel bagi glucose masuk..
kalau tak ada/tak cukup insulin(type 1 diabetes) atau sel2 badan dah jadi resistance pada insulin (type 2 diabetes) itu la seseorang tu jadi diabetic..
dan kalau banyak sangat gula dalam darah, gula akan start keluar melalui urine.. ini akan withdraw air dari badan kita..sebab tu la pesakit diabetes jadi dahaga dan asyik minum dan kencing je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Levespa replied at 11-4-2021 09:38 AM
sel2 badan kita tak boleh simply serap je glucose dari darah.. mesti ada insulin.. insulin ni kira ...
Kalau kes adk arwah acik ni, dia x ambik insulin ke smpai jd mcm ni?
Adakah minum air byk membantu rendahkan gula dlm darah? |
|
|
|
|
|
|
|
suka2 je kata org amik dadah la ape la..mcm lebih kenal dr family sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
apa kabar wife arwah acik yer
mesti da besar anak2nya
kawin lain dak? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Levespa at 11-4-2021 04:27 AM
anony-mous replied at 11-4-2021 01:58 AM
Kalau kes adk arwah acik ni, dia x ambik insulin ke smpai jd mcm ni?
Adakah minum air byk memb ...
tak tau la kes dia ni macamana.. tapi mostly awal2 kena diabetes mmg org tak perasan.. rasa letih dan sedar2 badan dah susut dan asyik ke tandas buang air.. dah confirm diabetes baru doctor bagi medication.. awal2 doc akan treat dengan ubat dulu.. tak bagi insulin terus.. dan minum air banyak takkan hilangkan diabetes.. kena makan ubat jugak.. tapi ada je yg diet dan lose weight boleh reverse insulin resistance tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|