Berapakah harga sepotong kek yang paling sedap anda pernah beli?
Jika harganya di bawah RM10, ia dikira masih murah, tetapi bagaimana pula jika ianya kek yang dihasilkan oleh selebriti dan harganya adalah RM15.90, mahal ke berbaloi?
Itu lah yang dipersoalkan oleh segelintir netizen. Hanya kerana gelaran artis, berpangkat Dato' dan pernah memenangi pertandingan memasak membolehkannya menjual dengan harga mahal, atau tiada masalah, kerana cafe tersebut memang berprestij pun.
foto :Twitter
Selebriti yang dimaksudkan ialah Fazley Yaakob yang telah berkoloborasi dengan sebuah cafe bagi menghasilkan lima jenis menu khas. Jadi, apa masalahnya?
foto : IG
Netizen turut berbelah bahagi pendapat antara yang bersetuju dengan harga tersebut dan juga membantah.
foto : Twitter
Jadi, jika anda merasakan harga tersebut mahal, anda mungkin bukan sasaran pelanggan mereka. Ada yang terasa ingin mencuba? - CARI
|