Marang: Demi kepuasan pelanggan, ibu tunggal dua anak, Safiyah Alias sanggup menghabiskan masa hampir 17 jam untuk menyiapkan tempahan pelanggan iaitu menggubah jambangan wang kertas bernilai RM50,000.
Meskipun berpengalaman, Safiyah, 30 mengakui gementar kerana tempahan itu membabitkan jumlah wang yang banyak.
Namun, kesungguhan Safiyah menyiapkan tempahan itu berbaloi apabila pelanggannya berpuas hati dan turut mendapat pujian segelintir netizen selepas dia berkongsi video hasil kerjanya di TikTok baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Safiyah yang menetap di Bukit Payong, di sini berkata, dia sebenarnya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai bunga dan menawarkan khidmat menggubah cenderahati termasuk wang bagi menambah pendapatan.
Katanya, jambangan wang berjumlah RM50,000 itu adalah satu daripada tempahan dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan, Wan Baha Uddin Wan Jaafar, 56 sebagai membuat kejutan kepada isterinya, Ermy Shafilah Othman, 41 pada satu majlis di sebuah hotel di Kuala Terengganu Sabtu lalu.
"Saya dihubunginya (Wan Baha Uddin) pada 23 Mac lalu dan kami kemudiannya berjumpa untuk berbincang mengenai rekaan serta perkara berkaitan.
"Kiranya, saya sudah dimaklumkan kira-kira seminggu lebih awal mengenai majlis kejutan itu, tetapi proses menyiapkan tempahan hanya dilakukan sehari sebelum majlis iaitu pada Jumaat lalu (2 April) bermula 11 pagi hingga 3.30 pagi keesokan harinya (3 April).
"Anak saudara ada membantu melilit duit dan selebihnya, saya lakukan sendiri iaitu daripada proses gubahan, balutan hingga kemasan akhir.
"Boleh dikatakan, saya tidak berganjak dan hanya rehat ketika makan, solat dan ke tandas kerana kerja itu memerlukan ketelitian supaya jambangan setinggi 182 sentimeter itu dapat disiapkan sebelum waktunya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Safiyah berkata, memandangkan nilai wang digubah agak besar, dia mengambil pendekatan tidak berkongsi dan memuat naik gambar atau video sepanjang melakukan gubahan.
Malah, Safiyah berkata, dia menggunakan khidmat pemandu lori yang dikenali untuk menghantar jambangan itu diiringinya dan rakan.
"Sebelum ini, saya pernah menerima tempahan menggubah wang bernilai RM34,000 dan RM37,000, namun kini nilainya lebih besar.
"Jadi saya sangat berhati-hati ketika menyiapkan tempahan itu dan menggunakan pita pelekat, bukan 'stapler' bagi mencantumkan setiap wang kertas berkenaan.
"Kaedah itu bagi memastikan wang tidak rosak. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan serta tiada rungutan diterima daripada pelanggan setakat ini," katanya.
Berhubung video yang tular di laman sosial, Safiyah tidak menyangka perkongsiannya di TikTok akan meraih lebih 1.8 juta tontonan.
"Jujurnya, saya muat naik video itu untuk berkongsi hasil kerja saja, bukannya mempromosi perkhidmatan ditawarkan.
"Tak sangka pula, ramai menonton dan selain pujian, ada juga kecaman diterima namun saya tidak boleh menyekat hak netizen untuk bersuara.
"Terima kasih kepada yang menyokong termasuk Wan Baha Uddin kerana memberi kepercayaan dan secara peribadi, saya kagum dengannya kerana tidak kisah mengeluarkan wang banyak demi menghargai pengorbanan isteri," katanya.
Sementara itu, Wan Baha Uddin berkata, dia menghadiahkan isterinya, jambangan wang berkenaan bagi menghargai pengorbanan isteri menjaga keluarga dari segi makan minum, pakaian dan keperluan anak-anak selama ini.
"Saya sendiri tidak tahu video itu tular sehingga diberitahu isteri.
"Ada netizen yang mengatakan lebih baik gunakan wang itu untuk bersedekah namun saya percaya setiap individu ada cara menghargai isteri dan ini pendekatan saya," katanya.
SAFIYAH bersama jambangan wang kertas berjumlah RM50,000 yang dihasilkan. FOTO Ihsan Safiyah Alias.
Post time 8-4-2021 09:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
penah tgk viral kt wassap,psl staff bank komplen yg duit2 kelepet2 ni susah bank nk proses bagai
silap aribulan kene rejek
sbb mak andam ni sume kan acah2 mcm kreatif kononnya
skali duit kelepet2 ni bank x terima kang harus nangissss
Post time 8-4-2021 10:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow hebat..rezeki hasil kreativiti tangan
Yg bising kata membazir tu hidup korang belum panjang dan jauh lagi perjalanan. Umur suami pon.dah 50 an.bini 40 an sudah tentu dah lalui mcm.ujian..susah senang bersama
Maybe skng sudah senang tu yg tidak berkira langsung
Post time 8-4-2021 10:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
haifawehbe replied at 8-4-2021 02:48 PM
iols x tahu kenapa jambangan duit byk2 lebih kpd show off? kalau org nk bg duit iols suruh transfer ...
Itulah. Satu kerja pulak nak iron duit tu supaya boleh diterima bank. Dulu iols dapat duit mas kawen pun sama juga. Speechless iols menerima duit dikelepet begitu. Tak boleh ke bagi bentuk asal duit tu. Nasiblah makcik iols tolong ironkan.
Post time 8-4-2021 11:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
epal21 replied at 8-4-2021 02:55 PM
Itulah. Satu kerja pulak nak iron duit tu supaya boleh diterima bank. Dulu iols dapat duit mas kaw ...
teringat kakak meols kawen mas kawen dibuat jambangan bunga. pastu dalam kereta check tak cukup. satu kuntom ilang
mak aku takut malu mak aku diam2 ganti guna duit dia
Post time 8-4-2021 11:16 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ellejo replied at 8-4-2021 03:04 PM
teringat kakak meols kawen mas kawen dibuat jambangan bunga. pastu dalam kereta check tak cukup. s ...
Haha. Boleh pulak tercicir sekuntum? Remehlah nak iron duit tu. Iols memang bukan penyabar. Kalau tak boleh iron hari tu memang iols minta refund drp laki iols. Hehe.
Post time 8-4-2021 11:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Riak level apa ni
Punyala nk menunjuk
Boleh je senyap2 transfer atau nk tnjuk sgt buat je lah replika cheque mcm org nikah buat tu
Gila bagi cash selambak utk gubah cmtu
Pulun aihh