Ajai menyifatkan penyanyi yang tak boleh nyanyi live atau terpaksa guna teknologi untuk merdukan suara mereka boleh dianggap sebagai penipu.
Kata komposer dan pemuzik terkenal ini, dia tak mahu melihat industri seni dipenuhi dengan artis yang tangkap muat.
Foto: IG
???Tu yang tak seronok... sebab pada saya dia menipu. Kamu sampaikan suara yang tak sampai.
"Ia mendatangkan mudarat sebab apabila penyanyi tu buat persembahan secara langsung, dia akan kecundang di atas pentas. Dia tak akan kekal lama dalam industri," katanya seperti dipetik di Malaysia Kini.
Tambahnya apa yang diperlukan dalam bidang seni adalah bakat dan bukan fesyen.
Ajai mengakui dirinya sangat selektif dalam menilai bakat seseorng.
Dia juga sanggup menolak jika ditawarkan imbuhan jutaan ringgit sekiranya mendapati seseorang itu memang tak boleh menyanyi.
???Pada saya, bidang nyanyian adalah sebuah kerjaya. Memang banyak bakat baru hantar demo mereka pada saya, tapi jika tak boleh menyanyi, saya akan beritahu supaya dia jangan buang masa.
???Orang nak bagi duit sejuta ringgit pun kalau tak boleh menyanyi, saya suruh dia cari saja kerjaya lain jika memang tak boleh menyanyi." -CARI
Menyanyi sebab nak break out. Takkan teroih jadi komposer kot.. Boy band kot dia ni ye? MO biase la tu jaman belom ade Youtube.. Eh, lagu2 dia buad dulu aku sekali dengor je dah sedap ape. Bakat composing memang ade la..
Si Hael tu pon kan kita CSI dulu mase nak break out camne:
lepas xde nurul terus senyap dia dari nyanyi..nasib baik sedar diri. zaman sekarng pulak org laju hentam guna socmed..kire bbnu skrang kental gak la hadapat kecaman...