CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1701|Reply: 6

[Dunia] Sami terperangkap dalam gua semasa bertapa

[Copy link]
Post time 8-4-2021 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Sami terperangkap dalam gua semasa bertapa

https://www.kosmo.com.my/2021/04 ... gua-semasa-bertapa/

Oleh KOSMO!
7 April 2021, 8:56 pm


Petugas pasukan penyelamat berkumpul di Gua Phra Sai Ngam di daerah Noen Maprang, Phitsanulok. - Chinawat Singhha

BANGKOK – Seorang sami yang sedang bertapa terperangkap dalam sebuah gua di Thailand selepas pintu masuknya ditenggalami air banjir, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Sami berusia 40 tahun yang tidak didedahkan namanya itu masuk ke dalam Gua Phra Sai Ngam di daerah Noen Maprang hujung minggu lalu dan sudah beberapa hari terperangkap di dalamnya.

Sebuah yayasan penyelamat tempatan, Prasat Bun Sathan, memuat naik gambar  yang menunjukkan situasi terkini di hadapan gua di Facebook dan memberitahu bahawa sami itu terperangkap di dalamnya sejak banjir berlaku pada Ahad lalu.

Kemas kini itu turut memberitahu bahawa usaha menyelamat sedang giat dilaksanakan dan segala maklumat terkini akan diberikan dari masa ke semasa.

Ketua Komando Perang Khas Tentera Laut pasukan Laut, Udara, dan Darat (SEAL) Laksamana Muda Supphachai Thanasarasakhon memaklumkan satu pasukan khas akan dihantar segera ke kawasan gua jika pihaknya menerima isyarat bantuan cemas. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertapa kat rumah lagi bagus, tak nyusahkan orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:25 PM | Show all posts
mujur lah ada yang sedar keberadaannya.... kalau xde sapa tau??
tinggal rangka manusia lah jawabnya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap bukan jenis gua yang macam kes budak team bola a few years back.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 02:01 PM | Show all posts
Terus teringat kes budak2 team bola dulu tu.  Mesti keadaan guanya pun lebih kurang macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama bertapa,takkan jurus tembus angin belum ampuh?{:run
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2021 04:40 PM | Show all posts
dulu pun pernah dgr2
nak dpt ilmu tertentu kena bertapa dalam gua
soalnya siapa yg dtg mengajar ilmu tu nanti?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.074605 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list