View: 2042|Reply: 8
|
Angkara Dendam, Pengamal Perubatan Tradisional Mati Ditembak Di Rumah
[Copy link]
|
|
Kuantan: Dendam dipercayai motif pembunuhan pengamal perubatan yang ditembak di rumah sewa di Perumahan Bukit Rangin Perdana 2, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, pihaknya menerima maklumat berlaku kejadian seorang lelaki tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala dan kesan darah kering pada jam 11 malam.
 Foto: Harian Metro
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah kampung jenis papan yang terletak kira-kira 20 meter dari jalan utama dan 100 meter dari rumah jiran terdekat.
"Ketika kejadian, mangsa berseorangan kerana ibunya berniaga ikan di tapak niaga Bukit Rangin Perdana 2 kira-kira 200 meter dari rumah.
"Mangsa mati disyaki ditembak kerana ada beberapa kesan tembakan pada badan hasil pemeriksaan dijalankan pasukan siasatan dan forensik.
"Mangsa yang sudah berkahwin baru saja mendapat anak lelaki. Mangsa tinggal bersama ibunya yang berusia 60 tahun dan menjalankan aktiviti perubatan tradisional.
"Isteri mangsa kini sedang berpantang di rumah ibu mentua di Pekan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, hasil siasatan disyaki bermotifkan dendam dan marah kepada mangsa.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah baca kt FB smlm... seriau baca komen2..
walau apa dia buat masa hidupnya, bila dh meninggal usahlah kita kutuk lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
rosasen replied at 6-4-2021 11:06 AM
dah baca kt FB smlm... seriau baca komen2..
walau apa dia buat masa hidupnya, bila dh meninggal us ...
Puaka betul jejari netizen yg kutuk orang dah meninggal, dgn cara kejam pulak tu
Walau apa pun perbuatan dia, tak patut dia dibunuh sedemikian dgn 21 das tembakan dan netizen pun tak patut turut menganjing orang yg dah mati
Salam takziah dan simpati buat keluarga Allahyarham esp anak yg baru lahir, yg tak sempat kenal bapa
|
|
|
|
|
|
|
|
rosasen replied at 6-4-2021 11:06 AM
dah baca kt FB smlm... seriau baca komen2..
walau apa dia buat masa hidupnya, bila dh meninggal us ...
Ada link FB?
Dendam apa? |
|
|
|
|
|
|
|
link fb dia dh ramai org share kt komen2... cari la post by metro or sinar..
dendam apa xtau..
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat kat oversea, kat malaysia rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Kebiasaannya BOMOH dia malaysia penakut juga...
apabila orang mahu berubat terus dikatanya ada orang dengki, orang itulah yang menyebabkan sakit..
apabila tanyakan siapa orangnya yang buat itu, bomoh itu memberi andaian palsu, contohnya, jiran yang pakai kereta berwarna hitam...
maka terjadilah perang tuduh menuduh |
|
|
|
|
|
|
| |
|