CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1567|Reply: 1

Anggun raih anugerah di Rusia

[Copy link]
Post time 5-4-2021 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Anggun raih anugerah di Rusia

ANGGUN C Sasmi.




Jakarta: Penyanyi kelahiran Indonesia, Anggun C Sasmi meraih penghargaan 'Duet of the Year' untuk lagu Caruso bersama penyanyi legenda Itali, mendiang Luciano Pavarotti di Bravo International Classical Music Awards yang berlangsung di Rusia, kelmarin.

Majlis anugerah yang diiktiraf sebagai antara acara muzik terbesar dunia itu diadakan Teater Bolshoi, Moscow.

Anggun menyatakan perasaan bangganya apabila dianugerahkan penghargaan pada majlis yang berlangsung di panggung lagenda itu.

Pavarotti meninggal dunia pada 2007 dan gandingan duet mereka dibuat secara virtual pada 2019. Ia bermula selepas Anggun bertemu isteri Pavarotti selepas ideanya tercetus di final Asia's Got Talent pada 11 April 2019.

Rakaman lagu asal Pavarotti diperdengarkan dan Anggun memasukkan suara pada bahagian yang dikhususkan untuknya.

Dengan single yang banyak disenaraikan dalam carta lagu di Rusia, Anggun antara penyanyi terlaris Indonesia dan Asia di negara itu.

"Saya sudah mengadakan konsert di Moscow sebelum penularan Covid-19 lalu dan saya berjanji untuk kembali ke sana lagi.

"Acara The Russian Music Awards adalah kesempatan terbaik bagi saya untuk tampil lagi bagi menghiburkan warga Rusia," kata juri Asia's Got Talent dan The Masked Singer Perancis serta United Nations Goodwill Ambassador ini.

Dia juga akan tampil dengan pelbagai projek menarik sepanjang tahun ini.



Sumber : https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2021 12:04 PM | Show all posts
laku keras anggun ni kat sana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.053480 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list