View: 1913|Reply: 4
|
Kandungan Pertama Tiga Minggu, Disahkan Hamil Lagi Untuk Kali Kedua
[Copy link]
|
|
London: Keajaiban apabila seorang wanita di Wiltshire, United Kingdom (UK) disahkan hamil kali kedua ketika kandungan pertamanya baru berusia tiga minggu.
ABC News melaporkan Rebecca Roberts kemudian melahirkan kembarnya itu pada hari yang sama.
Difahamkan, Rebecca dan suaminya, Rhys Weaver sudah lama berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Usaha mereka berhasil selepas Rebecca mengambil ubat kesuburan.
Foto: ABC News
Selepas tiga minggu disahkan hamil anak pertama, Rebecca dikejutkan dengan berita gembira apabila doktor mengesahkannya hamil anak kedua.
"Berita itu amat mengejutkan kerana bukan satu, tetapi saya menghamilkan dua zuriat serentak.
"Jarak kehamilan antara dua zuriat saya hanya tiga minggu dan doktor sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku," katanya.
Kes kehamilan Rebecca jarang berlaku dan difahamkan, doktor tidak dapat mengenal pasti puncanya.
"Ia jarang berlaku dan saya tidak pasti berapa kes serupa dilaporkan," kata Dr David Walker, pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) Hospital Royal United di Bath di sini.
Rebecca menempuh proses kehamilan yang amat mencabar dan doktor pernah memberitahu kemungkinan kandungan anak kembarnya yang bongsu tidak dapat bertahan.
Namun, Rebecca selamat melahirkan kembar pada bulan September lalu dengan anak lelaki diberi nama Noah, manakala yang perempuan bernama Rosalie.
ABC News melaporkan Rosalie ditempatkan selama 95 hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (Nicu) selepas dilahirkan manakala Noah menghabiskan lebih dari tiga minggu di NICU berasingan.
"Setiap hari saya melihat mereka dan ia membuatkan saya berfikir betapa bertuahnya diri ini," katanya.
Dalam pada itu, laporan sama menyatakan keadaan dialami Rebecca itu dikenali sebagai superfetation. Ia adalah fenomena di mana ada kehamilan kedua selepas kehamilan pertama berlaku.
Ia terjadi selepas benih dikeluarkan ovari pada dua kejadian berasingan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nnt baby tu sm umur ape dgn yg abg/kakak
di srwk ada ye
beranak 2 kali dlm thn yg sm
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee: nnt baby tu sm umur ape dgn yg abg/kakakdi srwk ada yeberanak 2 kali dlm thn yg sm
kira twin je. lahit hari sama |
|
|
|
|
|
|
|
Ni nama dia pancutan ombak rindu bola2 api |
|
|
|
|
|
|
|
kira kembar ke?? pastu masa lahir tu sama wktu mcm normal kmbr ke..mcm i..weols mmg kembar yg mmg kembar |
|
|
|
|
|
|
| |
|