"Seyakinnya netizen tak dengki pun."
Pengacara Iesya Toh menerusi Instagram menegur golongan selebriti dan orang kenamaan yang sengaja tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Kredit foto: IG
Justeru, Iesya menegur segelintir pihak agar tidak menyalahkan netizen.
Kerana baginya, bukan netizen yang bersikap dengki, sebaliknya golongan selebriti dan orang kenamaan yang tidak menjaga sensitiviti masyarakat.
"Cuma segelintir yang alami keadaan sukar rentas negeri demi parents, PJJ, saudara meninggal dunia dan lain-lain perkara kecemasan akan berasa hati dengan ketidakadilan. Itu saja," tulisnya.
Berikutan itu, dia menasihati golongan berkenaan agar mengelak daripada memuat naik hantaran 'mengundang'.
Kredit foto: IG
"Sudah-sudahlah berkelahi, Ramadan pun tak lama lagi. Saya respect anda yang sentiasa mematuhi SOP," ujarnya.
Setuju dengan Iesya. Jadilah contoh yang baik kepada masyarakat. - CARI |