CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7657|Reply: 28

Nora Ariffin Didakwa Sudah Temui Pengganti

[Copy link]
Post time 2-4-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menepis tanggapan nakal kononnya video muzik single terbaharu berjudul Naluri memberi bayangan sudah menemui pengganti.


Tergamam dengan soalan tidak dijangka, Nora atau nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, menjelaskan konsep video muzik arahan Raja Syahiran itu dirangka berdasarkan video asal lagu berkenaan yang dihasilkan 25 tahun lalu.


"Saya sebenarnya ikut sahaja jalan cerita yang sudah disediakan pengarah. Lagipun, ia sekadar lagu sahaja, tidak membawa apa-apa maksud di sebaliknya.


"Berkenaan hadiah bunga dalam video muzik berkenaan, itu adalah kejutan daripada pihak produksi. Apapun, terpulanglah kepada penilaian penonton. Benda baik, saya hanya 'amin' sahaja," katanya pada sidang media virtual sempena pelancaran video muzik Naluri, semalam.




Foto: IG


Video muzik itu memaparkan babak Nora menerima kiriman sejambak bunga dan sebentuk cincin, selain memperlihatkan sosok seorang lelaki di sebalik tirai.


Selain menjadi pilihan penaja video muzik iaitu Prettian, penyanyi bervokal mantap itu juga tidak menolak untaian indah kembali dirakamkan kerana ia mengingatkan kembali saat manis yang pernah dilalui bersama arwah suaminya yang meninggal dunia akibat serangan jantung, empat tahun lalu.


"Sejujurnya, kalau nak bandingkan perasaan ketika merakamkan lagu ini lebih dua dekad lalu dengan sekarang, memang lain. Dahulu orang yang kita sayang ada di sebelah.


"Rindu pada arwah tidak pernah padam. Pada saya, tidak salah jika masih merindui orang yang sudah tiada. Disebabkan itu, saya sering tekankan, sayangilah orang sekeliling sementara mereka masih ada.


"Kita tidak dapat nak sangkal keindahan lagu ini. Justeru, saya mahu pendengar meraikan cinta mereka menerusi lagu ini," ujarnya yang turut menyimpan hasrat untuk mengadakan konsert berskala mega sempena tiga dekad berada dalam industri.


Lagu Naluri ciptaan Allahyarham Johan Nawawi diberi nafas baharu dihasilkan sempena sambutan ulang tahun ke-30 pembabitan Nora dalam dunia seni.


Sementara itu, kenyataan Nora itu turut disokong Raja Syahiran yang bukan sahaja mahu mengekalkan konsep asal video muzik berkenaan, tetapi mengambil kira pelbagai aspek lain.




Foto: IG




"Dari segi konsep, kita memang ambil berdasarkan jalan cerita asal video muzik ini. Saya tidak mahu lari dari konsep asal atau buat perubahan besar.


"Bukan sahaja mahu mengekalkan kekalkan konsep, tetapi saya mahu Nora menyanyi dengan penghayatan, rasa sama dan vokal serupa. Cuma, ia disesuaikan sedikit dengan acuan terkini," terangnya.


Video muzik Naluri sudah boleh ditonton di laman Youtube Warner Music Malaysia sejak malam tadi. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jodoh kawen jelah
Xdelah sunyi kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cleocatra replied at 2-4-2021 01:05 PM
Kalau ye, tahniah lah...
Yang dah mati, dah tentu mati..
Kita yang masih bernyawa ni pun, kena ter ...

Yepp.. ade org ckplaa.. kalo yg tuek tuek ni kawin lebih kpd nak kawan sembang.. kawan time sakit pening jahhh.. cinta tetap yg nomno satu.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 2-4-2021 01:10 PM
Dah jodoh kawen jelah
Xdelah sunyi kannnn

Kannn.. kawin tuu utk halal agama sajo.. sebenonya lebih kpd nak kawan jee.. lain takde dah.. nak beromen tak larat.. nak beranak pun dah menapous..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik akak nora
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah ade calon onz je Datuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2021 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Companionship. Why not, semoga bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni macam chenta mati dgn arwah. Bila arwah pegi tiba2 mmg lost habis. Lepas tu anak YG duk teman dia pun dijemput Tuhan. Anak tino pulok rebel. Anak sulung da ada family.
Kalau ada jodoh lain, apa salahnya. Kalau kuat chenta kepada arwah..bertahanla ye Datuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berkenan, apa salahnya.. lainlah kalau cilok orang punya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 03:09 PM | Show all posts
haaa asal bukan laki org... tp kot laki org pun jgn sembunyi laa
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 2-4-2021 01:14 PM
Kannn.. kawin tuu utk halal agama sajo.. sebenonya lebih kpd nak kawan jee.. lain takde dah.. nak  ...

Contoh jiran aku, cepat2 kawen selepas kematian suami sbb xnak tido peluk bantal last2 tido sorang gak sbb kena ikut sistem bergilir2 (poligami)
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:38 PM | Show all posts
Bagus lerrrr....cecepat kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
suke tgk nora ni. air muke die lembut. tp anak2 die tk menjadi . tkde yg ikut muke die kot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 2-4-2021 05:36 PM
Contoh jiran aku, cepat2 kawen selepas kematian suami sbb xnak tido peluk bantal  last2 tido  ...

Ceittt.. poligami baik laa jd lone ranger.. tak kose ek kawin ngan laki org..digelar perampasss..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
irish_ieka replied at 2-4-2021 05:43 PM
suke tgk nora ni. air muke die lembut. tp anak2 die tk menjadi . tkde yg ikut muke die kot?

Dulu aku suka nora ni sbb muka lembut cam ko kata.

Tapi.. lepas GV aku dah rasa something off about her. I tak salahkan anak pompuan dia kalau rebel, rasanya she is not type mak yang easy to please
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kemainnnnn. awal2 hari tu uihhhhhh sedih beno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 06:16 PM | Show all posts
lilydandelion77 replied at 2-4-2021 01:52 PM
Dia ni macam chenta mati dgn arwah. Bila arwah pegi tiba2 mmg lost habis. Lepas tu anak YG duk teman ...

itulah kan kesian
dia pun nak bahagia jugak
iols harap dia dapat jodoh hilang rse sunyi

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 2-4-2021 05:36 PM
Contoh jiran aku, cepat2 kawen selepas kematian suami sbb xnak tido peluk bantal  last2 tido  ...

Sadissssss hujungnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kemahenn mendada
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 2-4-2021 08:09 PM


https://youtu.be/Ztccs_-gc_o

Eh, lagu lama la.  Memang aku suke pon.  Sora kaka Nowa palen sweet..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list