CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

Pecah Masuk Kedai Curi Kad Pokemon, Yu-Gi-Oh Untuk Bayar Hutang

[Copy link]
Post time 2-4-2021 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Demi membayar hutang, seorang pemuda dari Tokyo, Jepun sanggup ambil risiko memecah masuk premis bangunan yang menyimpan kad edisi terhad siri animasi Pokemon dan Yu-Gi-Oh.


Menerusi laporan NHK News Web, Kensuke Nakanishi, 28, memecah masuk bangunan tersebut kira-kira jam 5 pagi ketika individu lain masih tidur nyenyak.


Niatnya hanyalah ingin menjual semula kad yang ingin diambilnya bagi mendapatkan wang, namun dia ditangkap polis Tokyo.




Gambar hiasan




Nakanishi, mengikat tali pada hujung bumbung bangunan dan hujung tali terbabit diikat ke badannya. Tujuan mengikat tali terbabit adalah kerana untuk membolehkan dirinya turun di dinding bangunan tersebut. Kemudiannya, dia berpaut pada tali dan menuju ke tingkat enam bangunan sebelum memecahkan cermin untuk masuk ke dalam.


Lelaki tersebut sempat mengambil 80 keping kad daripada animasi Pokemon dan Yu-Gi-Oh yang bernilai satu juta yen (kira-kira RM37,649) dengan wang tunai 260,000 yen (kira-kira RM9,789). Walau bagaimanapun, kegembiraannya hanya sekejap sahaja kerana dia telah ditangkap kurang daripada seminggu lepas kejadian tersebut.


Tangkapan tersebut dibuat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya dikesan oleh pegawai penyiasat. Ketika disoal siasat, dia tidak gayat kerana ketika di sekolah menengah dia aktif dalam kelab mendaki tembok (rock climbing).




Sumber: OHBulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.081721 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list