Seorang influencer di Instagram, Ben Cullen membuatkan pengikutnya kagum dengan fotonya bersama 'seekor ular'.
Kredit foto: The Bakeking/Instagram
Namun, Ben mungkin tidak berani seperti yang difikirkan. Ini kerana haiwan reptilia itu sebenarnya adalah kek.
Ben yang digelar sebagai The Bakeking, dikenali dengan kepakarannya membuat kek yang kelihatan seperti makanan dan objek yang realistik, lapor Daily Star.
Dan tiada perbezaan bagi rekaannya yang terbaharu. Menerusi satu foto, Ben bergambar bersama kek ular di tangannya.
Sebahagian daripada lebih 305,000 pengikut Instagram Ben tidak mempercayai rupa ular tersebut. Ada pengikut yang mengatakan ia terlalu 'cantik', manakala yang lain mengakui takut melihatnya.
Sumber: mStar |