"aling suka game yang langgar2 tu. langgar SOP rasanya."
Mungkin berniat mahu meredakan ketegangan kontroversi sedia ada, selebriti Neelofa memuat naik ciapan berkenaan permainan dalam talian lalu meminta pendapat netizen.
Namun begitu, majoriti netizen lebih memilih untuk mengulas mengenai bulan madu pasangan pengantin baru yang merentas negeri berbanding topik yang ditanyakan.
Foto : Twitter
Status tersebut diciap setelah kemarahan netizen meluap-luap dengan kesalahan demi kesalahan yang dibuat oleh pasangan selebriti tersebut. Malahan sikap 'pilih kasih' pihak polis juga dipertikaikan apabila akan memanggil Neelofa memberi keterangan pada 2 April nanti.
Jadi, sindiran netizen seperti permainan yang disukai berkaitan lari dan terbang ada kaitannya dengan cerita Langkawi ini.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Bagaimanapun, ada juga yang meminta netizen berfikiran positif bahawa pemergian Neelofa dan Pu Riz adalah atas urusan perniagaan atau urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
Dalam pada itu, Neelofa dilihat memadam beberapa komen yang keterlaluan dan juga mengulang ciap status yang menarik seperti tiada apa-apa.
Foto : Twitter
Jadi, dengan situasi yang panas saat ini, apa yang perlu Neelofa buat? Mengulas isu seperti biasa atau menjauhkan diri dari media sosial seketika? - CARI
|