CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 0

Padah Belajar YouTube: Tuang Minyak Tanah Pada Rambut, Budak 12 Tahun Mati Terba

[Copy link]
Post time 30-3-2021 09:37 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Gara-gara terpengaruh dengan video di YouTube, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Thiruvanathapuram, Kerala, India maut akibat melecur ketika cuba meluruskan rambutnya.


Tribunews melaporkan mangsa dikenali Sivanarayanan pada mulanya sempat dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi akhirnya meninggal dunia.


Jurucakap polis memaklumkan, siasatan mendapati kejadian berlaku selepas mangsa menuang minyak tanah pada rambutnya sebelum menyalakan api.


Namun, mangsa tidak bernasib baik apabila api itu tidak dapat dikawal menyebabkan dirinya terbakar.


"Mangsa dipercayai cuba meniru teknik (meluruskan rambut) selepas menonton video pendandan rambut di YouTube.


"Mangsa ke tandas untuk meniru aksi sama namun percubaannya tidak menjadi apabila api menyambar tubuhnya.


Gambar Hiasan



Menurut doktor, mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk.


Difahamkan, teknik meluruskan rambut dengan cara itu popular dalam kalangan pendandan dan pereka fesyen rambut di Eropah.


Namun, orang ramai tidak digalakkan melakukannya tanpa bantuan pendandan profesional. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.038918 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list