Kaedah pemberian vaksin dari rumah ke rumah seperti dicadangkan sebelum ini dikhuatiri bakal mencetuskan tanggapan mengerikan kepada masyarakat.
Justeru Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilaksanakan adalah secara sukarela.
Kredit foto: MalaysiaGazette
Katanya, orang ramai disediakan saluran tertentu bagi mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin sebelum diberikan janji temu untuk mendapatkan suntikan pelalian.
“Bayangkan kalau kita ketuk pintu rumah ke rumah, siap dengan picagari dan jarum, ia akan beri mesej yang agak mengerikan, silap-silap orang takut nak buka pintu.
“Justeru, kita utamakan kaedah pendaftaran dari rumah ke rumah dan apabila selesai proses itu, mereka akan dikehendaki untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tertentu,” jelasnya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji hanya akan dibuat selepas kerajaan Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan pada tahun ini.
Menurutnya, Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengemukakan permohonan dan senarai bakal jemaah haji mengikut jadual.
Katanya, Malaysia masih menanti keputusan muktamad daripada Arab Saudi bagi mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.
“Bila ia wajib, maka kita akan bekerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.
“Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya.
Post time 29-3-2021 08:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sapa yang nak ketuk pintu bg vaksin rumah ke rumah tu kj... Munteri ka? Bilangan atok dan tan sri dalam malaysia nih lagi ramai dari bilang bebudak kkm.
Post time 29-3-2021 09:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau pucuk pimpinan suruh letak jawatan saya akan ikut (situ kita dh tahu pembela rakyat ke pembela poket dan prti)
mati hidup balik pun aku takkan sokong UMNO, bangsa melayu konon, bekas presiden pun kawan ngan cina so glap duit) yg sekor lagi tubuh yayasan leh ambik je duit suka hati.. dasar penunggang!
ini seram & menakutkan ok
lagi seram dr hantu main ketuk ketuk
zaman sekarang mcm2 boleh jd
perompak penyamun merata alam
dh la bkn takat merompak je, siap pakej rogol & bunuh.. nauzubillah
aku dpt panggilan dr telco under maxis pun kemain menapis
siap tolak tawaran dan ckp terus terang sebab kena berhati2 di zaman scammer berlambak
dorang pun faham..