CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 14

Ubat Cacing Boleh Kurangkan Kesan Jangkitan Covid-19?

[Copy link]
Post time 29-3-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa pakar perubatan mahu ubat jenis Ivermectin dilesenkan bagi kegunaan manusia walaupun belum dibuktikan berkesan secara klinikal.


Lapor BBC, banyak penduduk di negara ini terdesak mendapatkan sesuatu yang boleh mengurangkan kesan jangkitan akibat gelombang ketiga wabak yang melanda.




Kredit foto: AFP




Ivermectin merupakan ubat yang digunakan untuk merawat cacing parasit sehingga mendapat banyak perhatian orang ramai.


Beberapa doktor memberitahu pesakit mereka melihat bukti anekdot, ia dapat mengurangkan beberapa kesan buruk akibat virus itu.


Bagaimanapun, pihak perubatan Afrika Selatan, pengeluar ubat itu serta beberapa saintis terkemuka memberi amaran supaya tidak menggunakannya untuk merawat wabak coronavirus.


Ditambah dengan program vaksinasi yang belum diterima oleh kebanyakan individu yang terdedah, terdapat kerisauan mengenai kes positif yang akan meningkat disebabkan suhu semakin rendah menjelang musim sejuk nanti.


Kes kematian akibat wabak Covid-19 sudah merekodkan lebih 52,000 kes di Afrika Selatan.




Sumber: Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 11:30 AM | Show all posts
SARS-COV 1 pun mmg guna ivermectin dan berkesan, ada yang guna woomword juga, pun berkesan. (China) Dua-dua pon anti parasitic.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:40 AM | Show all posts
kecik2 dulu mak selalu bagi ubat cacing Combantrin
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn ada sorg poremer dulu ada bukak citer ni ke? Apa nick dia aku lupa dah, haha. Siap gaduh2 lg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 29-3-2021 11:40 AM
kecik2 dulu mak selalu bagi ubat cacing Combantrin

Hahahaha, lama x dgr nama ubat combantrin ni. Skrg yg pemes zentel
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ivermectin dan lain2 ubat penawar covid diluluskan dan distributed di seluruh dunia nanti tak lakulah pula vaksin. Ubat cacing boleh beli on the counter saja di mana2 farmasi. Mimpilah the capitalist big pharmas would let that happen. Vaccine is the only solution, menurut mereka. Padahal sudah byk data kajian saintis dan doktor mengenai keberkesanan ivermectin utk mencegah dan merawat covid. DG Hisyam katanya baru2 ini KKM mahu buat kajian klinikal ivermectin. Sekarang apa cerita?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2021 12:46 PM | Show all posts
memang la pun tapi byk negara terikat dengan undang2 WHO tu....WHO tu banyak kena jual sama syarikat gergasi donia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss teringat satu porummer niee dia slalu duk upp psai ubat cacing blh lawan virus covid. Xingt dah nick diaa apo tapi lamaa xnpk kat porum niee.. Dah msuk kuburan agaknyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ada satu antiviral drug yg terbukti mampu rawat FIP kucing akibat feline coronavirus (penyakit yg takde ubat sblm ni, vet suruh tunggu mati atau pts je) dicadangkan utk rawat kobid tapi di krik2 kan jugak. antiviral drug ni mmg developed utk kegunaan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 02:57 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-3-2021 11:49 AM
Hahahaha, lama x dgr nama ubat combantrin ni. Skrg yg pemes zentel

kita pun makan zentel ni. setiap 6 bulan. tapi mahal weyy

pulak tu, dah la kena belikan untuk satu family, semua 8 orang. botak kepala weyy
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 03:01 PM | Show all posts
Blastoff tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 29-3-2021 02:57 PM
kita pun makan zentel ni. setiap 6 bulan. tapi mahal weyy

pulak tu, dah la kena belikan unt ...

Awat kena mkn berkala gitu? Klu xde cacing dah, kurangkn je ke sethn sekali. Jimat sikit hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 01:54 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 29-3-2021 11:53 PM
Awat kena mkn berkala gitu? Klu xde cacing dah, kurangkn je ke sethn sekali. Jimat sikit hehe.

kami family berkebun.. bukan kebun kecik, memang jenis main tanah.tu yang setiap 6 bulan makan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
@blastoff tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tertunggu juga kisah sambungan yang dr hisyam nk uji ivermectin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.264524 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list