|
View: 5878|Reply: 41
|
Tahan Lori Semata-Mata Untuk Content, Mati Kena Langgar
[Copy link]
|
|
|
Tangerang Selatan: Demi menghasilkan kandungan video untuk tatapan pengikut di media sosial, seorang remaja maut selepas menahan lori secara tiba-tiba.
Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universitas Pamulang.
 Foto: Kompas
"Ketika mereka tiba di hadapan Villa Dago, mereka memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan itu," katanya seperi dilaporkan Kompas.
Menurutnya, disebabkan lori itu membawa muatan pasir, ia tidak boleh menekan brek serta-merta kerana keadaan menjadi lebih bahaya.
" emandu tidak boleh menghentikan lori serta-merta kerana membawa muatan berat lalu melanggar remaja berkenaan sehingga jatuh.
"Mangsa cedera di bahagian pinggang hingga paha," katanya.
Katanya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang saksi dikenali sebagai Anjas berkata, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.
Katanya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.
"Mereka sengaja buat begitu. Ada rakan mereka yang merakam untuk kandungan di media sosial," katanya.
Menurutnya, penduduk setempat tidak senang dengan apa yang dilakukan kumpulan remaja itu kerana membahayakan nyawa.
"Mereka sering berkumpul di laluan ini dan kami akan mengusir mereka kerana tidak mahu mereka melakukan aktiviti berbahaya ini," katanya.
Anjas berkata, ketika kejadian, kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar dan cedera parah. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.
Seorang saksi dikenali sebagai Anjas berkata, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.
Katanya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.
Kesian kat pemandu lori tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia x sempat belajar Fizik  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik pelik la mereka ni. tak pasal pasal mati dengan cara macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurang simpati aku bila sdr yg cari nahas |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anjas berkata, ketika kejadian, kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar dan cedera parah.
kasihan nya macam ni ko buat kt kawan ko...
apa2 pun dia mati kereana mengejar cita2 dan minat yg mendalam di dalam mencari content tiktok..
mgkn itu lah kepuasan beliau |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Is this stupid or is this stupid? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sanggup mati katak asal famous. {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian pemandu lori tu xpasal2 kena...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wabak kebodohan sejati makin menjadi2. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh eh. Knp pemandu lori tu ditahan utk siasatan??dah terang2 salah si bodoh tu..mmg elok mampus manusia mcm ni..rasanya penduduk situ pn sujud syukurrrr haa budak ni xde.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada tengok video tu .Ajergiler lori tengah laju tetiba pergi tahan.Cash !! sengaja cari maut.
Kesian kat pemandu lori kena tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pegi sekolah ke budak2 ni? tak ngerti apa itu inersia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|