View: 2222|Reply: 10
|
Jabir Meftab Tak Kecil Hati Dengan Komen 'Pelakon Kayu' Isma Yusoof
[Copy link]
|
|
Pelakon baru, Jabir Meftab, 21, tidak kecil hati dengan komen 'pelakon kayu' diluahkan pengarah drama Shah Alam 40,000, Isma Yusoof dalam perkongsian dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
Jabir yang juga pelakon drama itu berkata, dia sangat menghargai komen-komen diluahkan pengarah berkenaan untuk memperbaiki kelemahan dirinya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Foto: IG
"Saya tak pasti komen yang dibuat itu dia tuju pada saya atau pelakon lain. Bagaimanapun, saya sangat hargai komen diberikan dan saya ambil sebagai positif.
"Saya pun masih baru dalam bidang ini. Jadi komen-komen itu saya ambil sebagai satu teguran dan peringatan untuk diri. Bayangkan kalau saya sudah berlakon agak lama, tapi tak pernah tahu apa kelemahan yang perlu diperbaiki, payah juga," katanya kepada Harian Metro.
Jabir yang mula berlakon pada 2018 sebagai pelakon tambahan berkata, dia meminati bidang lakonan sejak kecil dan menyimpan impian menjadi pelakon terbaik suatu hari nanti.
"Saya mula berlakon sebagai pelakon tambahan tiga tahun lalu. Kemudian saya menyertai bidang peragaan pada 2019 dan tahun lalu, saya ambil peluang menyertai pertandingan Hero Remaja 2020.
"Sejak tahun lalu juga saya banyak memasuki kelas lakonan dan semakin faham bagaimana industri ini. Apapun, saya takkan berhenti dari terus menuntut ilmu. Tak kisahlah pengalaman banyak atau sikit, saya tetap akan terus berusaha," katanya.
Berkongsi pengalaman bekerja dengan Isma, Jabir berkata, dia kagum dengan cara pengarah yang memberi kebebasan kepada pelakon untuk mencorakkan watak dibawa.
Menurut Jabir yang menimba ilmu lakonan dengan Azhan Rani, kini dia semakin nampak bidang lakonan sebenarnya lebih mendalam.
Katanya, ia bukan hanya sekadar lakonan, tapi membawa pada perjalanan kehidupan.
Jabir yang menetap di Gombak dan berdarah kacukan Tunisia di sebelah bapa dan Melayu di sebelah ibu Melayu berkata, rezekinya dalam lakonan makin murah kerana sudah membintangi drama seperti Juliet, Suara Hati, Cinta Tiada Perisik, Diva Popular, Amoi Balik Kampung dan ada beberapa projek lakonan lagi. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nampak cam gayah, tp tulah, klu ada rupa semua ok, wlpon kayu ttp diterima tanpa komen oleh @Kurex and seangkatan |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, dah ade kan thread pasal die ni.
Lupe lak wartawan cari mmg suke bukak thread yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
giyomi replied at 27-3-2021 11:31 AM
nampak cam gayah, tp tulah, klu ada rupa semua ok, wlpon kayu ttp diterima tanpa komen oleh @Kurex a ...
Tak menarik... Stim pun tidak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni tgk live kat meletop dulu ada rupe muka burung unta.. Sorry dia ni putih ja. Tp xhensum pon |
|
|
|
|
|
|
|
Mata kiri ke mata kanan naik teksi dah sembilan hengget |
|
|
|
|
|
|
|
Muka mcm Pakistan jual carpet. Ensem lg Pakis jual carpet kat Tesco Ipoh. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Macam cendawan tumbuh ye set2 kunyit nih {:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah berdekah iols baca ya
|
|
|
|
|
|
|
|
maybe jabir tak layan Isma yuduf kut hahahahha |
|
|
|
|
|
|
| |
|