CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3655|Reply: 6

CARA TERBAIK CUCI KERAK KUALI GUNA KAPUR MAKAN JE!

[Copy link]
Post time 27-3-2021 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Cara Cuci Kerak Kuali Paling Berkesan Tanpa Perlu Sental, Guna Kapur Makan Je!


Bila sudah menggunakan periuk selama lebih dari 10 tahun, sudah pasti akan hitam dan berkerak bahagian belakang periuk tu kan? Dah macam-macam cara digunakan untuk menghilangkan kerak hitam tersebut tetapi tak menjadi!

Jadi, terjumpa pula satu perkongsian tips menghilangkan kerak hitam periuk di laman Facebook dimana tips ini menjadikan periuk tersebut kelihatan baru! Berkilat periuk selepas menggunakan kapur makan sahaja!

CARA TERBAIK CUCI KERAK KUALI GUNA KAPUR MAKAN JE!

Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan.

Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari… tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang….. maii saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia. Hangpa cuma perlu kapur makan.. kapur yang makan dengan sirih tu. Berus dawai tu dengan pisau.Step angpa ikut kat bawah naa.Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi…nak mudah lagi lama rebus lagi mudahh tanggal…

1. Apa yang anda perlukan adalah kapur makan. Kalau tak pasti kapur yang macam mana, senang je..kapur yang dimakan bersama sirihtu.



2.Letakkan kapur di bahagian belakang periuk yang hitam yang berkerak.




3.Rebus di dalam air seketika. Lagi lama direbus, lagi mudah kerak tertanggal.


4.Kemudian, anda boleh kikis kerak periuk yang hitam menggunakan pisau. Bila dah direndam bersama kapur, lebih mudah untuk kerak tersebut keluar.




5. Dah siap kikis, bilas dengan air dan berkilat!





6. Memang nampak macam periuk yang baru dibeli!









Sumber: Amy Rosina


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2021 10:36 AM | Show all posts
boleh cuba ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuba lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:54 AM | Show all posts
Wow...blh dicuba
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuba lah. Walaupun banyak collection pots n pans yg non stick, tefal, vision stoneware, enamel tapi lebih selesa guna periuk kuali yg biasa.... Boleh lasak2 dan rasa gulai lebih sedap dan cantik jadiannya. Tapi memang dah hitam bahagian belakang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 menjadi lah cara ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:02 AM GMT+8 , Processed in 1.298753 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list