View: 5853|Reply: 27
|
Dulu Pramugara, Sekarang Bergelumang Najis Dan Bau Busuk Bela Kambing
[Copy link]
|
|
"KRU kabin? Alahai lembiklah. Kru ni manja."
"Kru ni spesis tak boleh kena panas. Tak boleh berpeluh. Kru ni harap bergaya je, kerja tak reti."
Demikian kritikan yang dilontarkan terhadap pramugara sehingga seorang pemuda yang berpengalaman melakukan tugas itu membuat perkongsian transformasi di aplikasi TikTok.
Siapa sangka dia yang berpengalaman berkhidmat dalam pesawat dan pernah dikritik kini membuktikan dirinya juga mampu melakukan kerja-kerja lasak.
Foto: mStar
Pemuda berkenaan, Mohd Fazrul Zainal Aribidin berkata, di bertugas sebagai pramugara selama lebih enam tahun sebelum khidmatnya ditamatkan pada November 2020 berikutan pandemik Covid-19.
Namun anak muda itu memberitahu, kira-kira dua tahun sebelum pemberhentiannya di sebuah syarikat penerbangan, dia telah pun berjinak-jinak dengan bidang penternakan.
"Saya mahu menangkis tanggapan negatif masyarakat bahawa kerja sebagai pramugara ni hanya tahu bergaya saja, tak mampu buat kerja-kerja kasar.
"Ada yang kata 'beauty without brain', hanya bermodalkan rupa tapi kerja tak seberapa. Tapi tanpa mereka sedar, bukan semua orang yang kerja di pejabat mampu melakukan tugasan kami dalam pesawat yang melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang," katanya kepada mStar.
Foto: mStar
Fazrul yang berusia 36 tahun berkata, pramugara atau kru kabin sebenarnya melakukan pelbagai tugas dan bukan sebagai 'pelayan' semata-mata sepanjang penerbangan.
Malah katanya, kru kabin yang diberhentikan kerja ketika pandemik juga mampu melakukan pelbagai kerja yang tiada kaitan dengan skop tugas di awan biru.
"Banyak contoh boleh nampak, ramai yang bukan lagi kru kabin buka bisnes cuci kereta, jual makanan, jadi ejen insurans termasuk membuat khidmat penghantaran," ujar anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang itu.
Foto: mStar
Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, pembabitannya dalam bidang penternakan pada 2018 pada mulanya sekadar suka-suka bagi menjana pendapatan sampingan.
"Saya bela kambing, lembu, ayam dan terbaru ada itik. Kandang saya sewa untuk ternak haiwan-haiwan ini. Ada yang saya jual ternakan hidup atau pengiraan mengikut daging.
"Setakat ini, dianggarkan ada 50 ekor kambing, lebih 200 ekor ayam, lebih 50 ekor itik dan 10 ekor lembu. Namun, jumlah ini berubah-ubah mengikut permintaan," ujarnya sambil menambah bapanya mengusahakan bisnes pencuci muka dan ibunya adalah suri rumah, yang tiada pengalaman dalam penternakan.
Sebagai penternak, Fazrul berkata, tugasnya kini jauh lebih lasak daripada segelintir individu yang mencemuh kerjayanya menjadi pramugra.
Foto: mStar
"Bila masuk kandang, bergelumang dengan najis haiwan dan bau busuk adalah perkara biasa. Saya juga ke ladang kelapa sawit bagi mendapatkan pelepahnya untuk makanan haiwan ternakan.
"Di kandang dan ladang tak ada aircond atau kipas macam di pejabat. Berpanas dan berpeluh, atau basah kuyup kalau tiba-tiba hujan, yang saya lalui masa jadi pramugara lagi," ujarnya.
Foto: mStar
Walaupun pramugara dan penternak merupakan dua sumber rezeki yang berbeza, namun bagi Fazrul, cabaran tetap sama terutama dari segi fizikal, mental dan emosi.
"Kalau fly, kita kena layan perangai dan sikap penumpang. Kalau manusia ni bolehlah juga faham, tapi susah nak faham kalau jaga haiwan ni.
"Sama ada kerja di pejabat, dalam pesawat atau di kandang mahupun apa tugas sekali pun, semuanya ada peranan dan cabarannya. Apa yang penting kita respek kerjaya masing-masing," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kening tetap on point hihi. Syabas diucapkan sebab berjaya transformasi diri, bukan semua orang ada courage camni. Semoga dipermudahkan urusan aminnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kerja di atas. Skrg kerja di bawah. Tak pe dik. Rezeki ada di mana kalau sungguh2 kau berusaha. |
|
|
|
|
|
|
|
eh kalau nak jadi petani mcm ni, tanah tu cmne? kerajaan ada bagi sewa ke cmne? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 24-3-2021 01:49 PM
eh kalau nak jadi petani mcm ni, tanah tu cmne? kerajaan ada bagi sewa ke cmne?
1. Beli sendiri
2. Sewa sendiri tanah orang
3. Tanya Jabatan Pertanian terdekat |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem.pulak muka dia masa peluk ayam giant tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 24-3-2021 02:20 PM
PS: Bill Gates dalam diam dah jadi pemilik tanah pertanian terbesar di USA melalui sebuah syarikat kecil yang ada bangsal lama di pedalaman yang menerima wang dibawah Bill & Melinda Gates Foundation.
|
|
|
|
|
|
|
|
laaa tak abis2 lagi cerita kru kayangan mencemar duli buat kerja kami marhaen ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Xde hensem pun.. muka mat rempit je mcm bawak grab..
Mcm la pramugara je affected by covid ni.. industri lain pun rmai vss sume knp xbg perhatian kat diorg..
|
|
|
|
|
|
|
|
cabin crew lelaki AA memang mostly desa nan permai jaaa.. selayaknya la jadi petani moden.. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 bukan taste kurek laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia kerja cleaner atau angkut sampah baru boleh respek |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 24-3-2021 03:38 PM
cabin crew lelaki AA memang mostly desa nan permai jaaa.. selayaknya la jadi petani moden..
Bergaya macam mana cabin crew aa ni tetap nampak desa |
|
|
|
|
|
|
| |
|