CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2277|Reply: 6

Guru Besar 'Kantoi' Guna Sijil Akademik Palsu, Tak Pernah Habis Belajar Pun

[Copy link]
Post time 22-3-2021 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Melbourne: Seorang bekas guru besar di Australia didapati bersalah kerana memalsukan sijil akademiknya ketika bertugas sebagai pendidik.


Neil Lennie, 72, pernah mengikuti pelbagai pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda tetapi tidak pernah menamatkannya.


Beliau sebaliknya menggunakan kurikulum vitae (CV) palsu dan menggunakan pendaftaran guru sah milik bapanya, antara tahun 1976 dan 2000.


Neil Lennie, Foto: Agensi




Bagaimanapun, Lennie yang mengaku salah atas empat pertuduhan memperoleh AS$843,567 daripada penipuannya itu terselamat daripada hukuman penjara serta-merta.


Ia selepas mahkamah mengambil kira jasa dan sumbangan guru itu sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendidik.


Sebaliknya, Lennie hanya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan yang boleh ditangguhkan sehingga setahun.


Ini bermakna lelaki itu tidak akan menjalani hukuman penjara, jika berkelakuan baik sepanjang tempoh tiga bulan itu.


Dia juga perlu melaksanakan khidmat masyarakat selama setahun dan menjalani rawatan kesihatan mental seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.


"Dengan peranan kamu sebagai guru, membantu banyak bekas pelajar dan memberikan sumbangan positif mereka kepada masyarakat.


"Masyarakat mendapat banyak manfaat menerusi sumbangan kamu dalam bidang pendidikan," katanya.


Dengan pemalsuan dokumen itu, dia berkhidmat di banyak institusi pendidikan termasuk Mount Scopus Memorial College, Haileybury College dan Overnewton Anglican Community College selain menjadi guru besar di Caulfield Grammar School. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 09:41 AM | Show all posts
teringat tuan guru haji lim guan eng

anak kepada tuan guru haji lim kit siang

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:42 AM | Show all posts
dia berkhidmat di banyak institusi pendidikan termasuk Mount Scopus Memorial College, Haileybury College dan Overnewton Anglican Community College selain menjadi guru besar di Caulfield Grammar School. -CARI



mmg wujud ye grammar school

tp grammar police ramai lately


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:50 AM | Show all posts
rajamoney replied at 22-3-2021 09:41 AM
teringat tuan guru haji lim guan eng

anak kepada tuan guru haji lim kit siang

dgr2nya
sorang lepasan Aus
sorang lagi London
bukan calang2

wow!

idola DAP tu



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 09:56 AM | Show all posts
R2D2 replied at 22-3-2021 09:50 AM
dgr2nya
sorang lepasan Aus
sorang lagi London

http://www.batupahat.my/lim-kit-siang-265192151331077.html
Lim Kit Siang (born February 20, 1941; 林吉祥) is a prominent leader of the Democratic Action Party (DAP), a democratic socialist opposition party in Malaysia. He is the father of current Chief Minister in the State of Penang, Lim Guan Eng.

Lim was called to the Bar by Lincoln's Inn in 1977. He is married with four children. Since 1978, he has published 34 books.


ruginya dpt masuk bar lincoln balik malaysia tk nk prektis\

kalau pandai cri mkn dah jadi org besau mahkamah dah apek ni

dlm undang2 tt

fitnah org lain boleh kena saman

fitnah diri sndiri tk boleh kena saman

teringat mahfuz omar pan

dia difitnah ada ijazah


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia ni pun ramai gak yg dpt degree and diploma pelsu.. Contoh yg terdekat pakar moribasi yg habis phd dlm mase brape bulan je nokkkk.. Ko hadooo???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2021 11:54 AM | Show all posts
Edited by tagas at 22-3-2021 11:56 AM

Kena blaja ngan mat sabu guru besaw nih

jujur takat ada dip kulinari tak abis blajaw jah hokey

malu apa bosskowww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.054989 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list