CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 1

[Dunia] COVID-19: Eropah laksana sekatan baharu

[Copy link]
Post time 20-3-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHERMUCKER2 at 20-3-2021 10:18 PM

COVID-19: Eropah laksana sekatan baharu

Mac 20, 2021 @ 1:23pm

Orang ramai meneruskan kehidupan seperti biasa di Stockholm, Sweden walaupun sebahagian besar Eropah berdepan sekatan pergerakan bagi mengekaong penularan COVID-19. - Foto AFP



PARIS: Perancis, Poland dan Ukraine memperkenalkan langkah sekatan baru hari ini bagi mengawal lonjakan kes COVID-19, ketika Kesatuan Eropah (EU) berulang kali mengancam menyekat eksport vaksin AstraZeneca.

Di Poland, kebanyakan kedai akan ditutup selama tiga minggu termasuk hotel dan pawagam, dengan langkah sama diperkenalkan di ibu kota Ukraine, Kiev.

Satu pertiga penduduk Perancis juga terbabit dengan sekatan baru, dengan kedai yang tidak penting ditutup di Paris sekurang-kurangnya sebulan, biarpun sekolah masih dibuka.

Penduduk Paris menaiki kereta api yang penuh sesak untuk meninggalkan ibu negara dan membanjiri kedai menjelang sekatan baru.
Datuk Bandar Yerres memberitahu beliau sudah memaklumkan perniagaan di sana supaya terus dibuka, tidak perlu mematuhi sekatan baru yang tidak jelas arahannya. "Mengapa kita lebih banyak mengawal COVID-19 di kedai kasut daripada kedai buku?," soalnya.
Kedai buku dianggap penting di bawah sekatan baru, bersama kedai bunga, kedai coklat dan tukang kasut.

Wabak masih terus meningkat dengan jumlah jangkitan COVID-19 baru bertambah di seluruh dunia sebanyak 14 peratus sejak seminggu lalu.
Sementara itu, pertikaian mengenai vaksin AstraZeneca tidak menunjukkan tanda reda, dengan Ketua Pesuruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengancam mahu menghentikan eksport jika blok itu tidak menerima penghantarannya terlebih dulu.

Von der Leyen mengatakan syarikat gergasi farmasi Anglo-Sweden yang mengeluarkan AstraZeneca hanya membekalkan 30 peratus daripada 90 juta dos vaksin yang dijanjikannya untuk suku pertama tahun ini.

Syarikat itu memberi alasan kelewatannya disebabkan pengeluaran di kilang EU, namun jurucakap Eropah berang apabila AstraZeneca sudah memenuhi permintaan di United Kingdom sebelum menyelesaikan pembekalan di benua itu.

"Kami ada pilihan untuk menyekat eksport yang dirancang. Itulah pesanan kepada AstraZeneca, kamu memenuhi kontrak dengan Eropah terlebih dulu sebelum kamu mula menghantarnya ke negara lain," kata von der Leyen kepada media.
Sementara itu di Pakistan, Perdana Menteri, Imran Khan, disahkan positif COVID-19, dua hari selepas menerima vaksin Sinopharm keluaran China.

Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, bertekad untuk segera mendapatkan vaksin AstraZeneca.
Lebih dari 400 juta dos vaksin sudah disuntik di seluruh dunia ketika kempen inokulasi semakin meningkat. - AFP








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2021 06:51 AM | Show all posts
brace yourself

Datuk Bandar Yerres memberitahu beliau sudah memaklumkan perniagaan di sana supaya terus dibuka, tidak perlu mematuhi sekatan baru yang tidak jelas arahannya.


nmpak nya kita mmg ikut negara2 barat atau negara2 barat ikut kita?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055745 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list