Sejak pandemik COVID-19 melanda, para isteri terpaksa pasrah bersalin sendirian tanpa ditemani suami kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketika pengumuman bantuan kerajaan baru-baru ini, terselit komen seorang pengguna Facebook yang berharap kerajaan membenarkan suami turut berada di bilik bersalin.
Kredit foto: Facebook
Namun, komen tersebut diselar beberapa netizen lain yang menurut mereka telah bersalin berkali-kali tanpa suami di sisi.
Asha Zakaria menerusi Facebooknya menjelaskan bahawa kehadiran suami juga penting untuk memberi sokongan moral pada isteri.
Asha turut mendedahkan salah seorang netizen itu telah menghantar mesej kepada suaminya mendoakan agar urusan bersalinnya kelak dipersulitkan. Fuh!
Kredit foto: Facebook Asha Zakaria
Rata-rata netizen turut terkilan dengan komen wanita berkenaan dan memberi sokongan pada Asha.
Kredit foto: Facebook Asha Zakaria
Pelbagai reaksi dapat dilihat sama ada yang memberikan sokongan dan tidak kurang hebatnya juga yang memberi kecaman.
Media sosial bukan ruang untuk bertelagah. Raikanlah perbezaan pendapat. - CARI
|