Satu kejadian yang berpunca dari alasan yang tidak masuk akal berlaku di daerah Tangerang, Indonesia.
Mangsa merupakan kanak-kanak yang cukup periang namun si pemukul macam tidak ada otak sehingga sanggup menumbuk dada si kecil sekuat hati, berkali-kali.
Kredit foto: Gulapop
Budak tersebut bukan main happy lagi bila video mula dirakam tanpa mengetahui yang dia bakal menjadi mangsa pukul manusia berhati syaitan.
Mangsa menerima pukulan berkali-kali dan paling kuat adalah di penghujung video. Tak tertahan dah air mata dan geram bila tengok part last sekali.
Tengok video di sini:
Kena pukul sebab kacau dating
Menerusi laporan Sindonews, pemukul bertindak sedemikian hanya kerana kanak-kanak berkenaan menganggu dia dan kakak kanak-kanak terbabit ber-dating.
Pelaku, Kredit foto: Sindonews
Video yang pantas tular itu akhirnya membuahkan hasil setelah pemukul sudah ditahan polis. Kami berharap sangat lelaki tersebut dihukum sepatutnya. -CARI
Sumber: Gulapop,sindonews |