View: 2049|Reply: 11
|
[Dunia]
Tiga beranak jalan kaki hampir 100 kilometer untuk cari kerja
[Copy link]
|
|
Tiga beranak jalan kaki hampir 100 kilometer untuk cari kerja
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... r-untuk-cari-kerja/
Oleh KOSMO!
15 Mac 2021, 7:33 pm
Tiga beranak berjalan kaki 100 kilometer cari kerja di Thailand. - Facebook
BANGKOK – Seorang bapa di Thailand terpaksa membawa dua anaknya berjalan kaki untuk mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan selepas isterinya dipercayai lari mengikut lelaki lain, lapor Siam News baru-baru ini.
Kejadian menyayat hati itu diceritakan seorang pengguna Facebook, Pak Rattaphim yang bertembung dengan tiga beranak tersebut di tepi sebatang jalan di wilayah Nakhon Ratchasima ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurut Ratthaphim, bapa itu memberitahu bahawa mereka sudah berjalan hampir 100 kilometer bagi mencari pekerjaan.
“Saya terserempak dengan seorang bapa yang memimpin dua anaknya untuk mencari pekerjaan di tepi jalan di Bak Tham.
“Saya tidak sampai hati melihat mereka dan menumpangkan keluarga ini hingga ke Korat. Saya memberikan sedikit wang belanja dan berpesan kepada lelaki itu untuk menjaga anak-anaknya dengan baik,” tulis Ratthaphim.
Tambahnya, lelaki itu memberitahu bahawa dia terpaksa ‘mengangkut’ dua anaknya bersama kerana ibu mereka nekad meninggalkan keluarga itu demi kekasih baharu.
“Selagi kita boleh bantu, kita bantu. Saya harap bapa ini terus kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” katanya. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la kalau kerajaan 24 jam asyik berpolitik
rakyat yg merana |
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul kesiannye...lagi2 budak2 tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi selama ni tak kerjalah ke kes asyik harap kat bini lama2 bini pun cabut lari. Bila bini dah cabut lari baru pandai bersusah payah cari kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
#Lelaki itu...bukan bewak. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 16-3-2021 12:14 PM
Jadi selama ni tak kerjalah ke kes asyik harap kat bini lama2 bini pun cabut lari. Bila bini dah ca ...
#demi kekasih barunya..... |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 15-3-2021 10:59 PM
tu la kalau kerajaan 24 jam asyik berpolitik
rakyat yg merana
ni kat telend okay......
kau jgn baca tajuk je...... |
|
|
|
|
|
|
|
kat telend, china prc, klu hidup sisah je....mak sanggup tgalkn ank ikut lelaki lain...
kat msia ni, bapak tinggalkn isteri & ank sampai jd susah...... |
|
|
|
|
|
|
|
ye la
telen kn bergolak
lama dah
tk putus2 kes dia ada je protes sampai hina raja telen
ko jngn pandang rendah aku mcm forumer tk basuh berak tu
mmg dia ngaku dia baca tajuk je
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je isteri cari kerja bawak anak sbb laki lari ikut betina lain... so?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|