CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1989|Reply: 5

[Sarawak] Kerajaan Negeri Sarawak Bantu Langsai Hutang PTPTN

[Copy link]
Post time 15-3-2021 06:15 PM | Show all posts |Read mode

Ibu pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur. - Foto NSTP


Berita Harian

Rohaniza Idris
roha@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seramai 9,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibantu Kerajaan Negeri Sarawak menyelesaikan 30 peratus baki hutang pinjaman mereka.

PTPTN dalam satu kenyataan, berkata Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan RM30 juta melalui Yayasan Sarawak untuk tujuan itu.

Katanya, pelaksanaan bayaran hutang itu dicapai melalui memorandum persefahaman (MoU) di antara Yayasan Sarawak dan PTPTN melalui Kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak yang dipersetujui 5 Mac lalu.

"PTPTN merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang membantu melangsaikan baki hutang pinjaman bagi pelajar dari negeri itu," menurut kenyataan itu.

Majlis menandatangani MoU itu diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Kuching dan disaksikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg,

Melalui MoU itu, Yayasan Sarawak melangsaikan hutang peminjam anak Sarawak yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN mereka sekali gus menghargai komitmen mereka yang telah membuat bayaran balik pinjaman.

PTPTN merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana prihatin untuk membantu anak Sarawak membayar baki hutang pinjaman PTPTN melalui inisiatif yang dilaksanakan itu.

Katanya, inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ini itu adalah usaha yang proaktif dan menjadi satu satu-satunya Kerajaan Negeri yang bertindak sedemikian.

"Rakyat negeri Sarawak amat bertuah kerana mempunyai kerajaan yang prihatin dalam menyediakan keperluan rakyat terutamanya dari aspek kewangan bagi tujuan pengajian tinggi.

"PTPTN juga berharap Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyokong usaha yang dibuat oleh PTPTN untuk membudayakan pembayaran balik pinjaman dalamkalangan masyarakat untuk kesinambungan pinjaman kepada generasi akan datang," katanya.

PTPTN berkata, peruntukan melalui inisiatif itu membabitkan amaun yang cukup besar dalam usaha Kerajaan Negeri Sarawak memastikan peminjam PTPTN yang terdiridaripada anak Sarawak bebas daripada belenggu hutang.

"Inisiatif ini sewajarnya dijadikan contoh serta ikutan Kerajaan Negeri yang lain. Kerajaan Negeri lain wajar menjadikan usaha Kerajaan Negeri Sarawak membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif di dalam perancangan Belanjawan Negeri untuk manfaat rakyat.

"Langkah ini dilihat amat sesuai di kala rakyat terkesan akibat penularan pandemik COVID-19," menurut kenyataan itu.

PTPTN berkata, mereka sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri di seluruh Malaysia dalam merealisasikan inisiatif ini bagi memastikan kebajikan peminjam.

Mengulas lanjut, PTPTN menyatakan inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Yayasan Sarawak.

Bagi memudahkan urusan, peminjam PTPTN tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan.

Peminjam boleh membuat semakan bagi nama peminjam yang layak melalui portal rasmi PTPTN diwww.ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak mulai 15 Mac 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 03:44 PM | Show all posts
bertuahla anak sarawak


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal pulak x buat pinjaman PT
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Menyesal pulak x buat pinjaman PT
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuuhhh ramai org2 tdekat dah potong 30%

Syukurrrrr semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:30 AM | Show all posts
so far masih adakah potongan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067111 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list