CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 2

[Pulau Pinang] Kampung Tradisional Cina Jeti Chew Nyaris Terbakar

[Copy link]
Post time 15-3-2021 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Aking at 15-3-2021 06:09 PM


Bomba berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke kampung tradisional Cina Jeti Chew


FMT

PETALING JAYA: Tindakan pantas bomba memadam kebakaran rumah kedai dan tokong di Pangkalan Weld, George Town pagi tadi memastikan api tidak merebak ke kampung tradisional Cina Jeti Chew, yang terletak hanya 6m dari tempat kejadian.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Tarmizi Md Jaafar, berkata pasukannya mengharungi kesesakan lalu lintas di waktu puncak untuk ke tempat kejadian, dan sebaik tiba berdepan dengan angin kuat.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai, BBP Paya Terubong dan BBP Jalan Perak dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 8.51 pagi,” katanya kepada Berita Harian.

Api dapat dikawal daripada merebak pada 9.15 pagi. Dua unit rumah kedai dan sebuah tokong terbakar dalam kejadian itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bomba sedang menyiasat punca kebakaran. Kerja pemantauan masih berjalan bagi memastikan punca api dipadamkan sepenuhnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
best view kat sini.arap kekalkan kampung ni...boring dh nengok menara berkembar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:49 PM | Show all posts
macam mana boleh terbakar tuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062810 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list