Bercuti ke Johor Bharu kalau tak singgah makan di Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen memang tak lengkaplah trip lebih-lebih lagi kalau anda menggemari masakan Indonesia atau masakan pedas.
Eh! Untuk orang suka pedas je ke? Jangan risau, restoran berkonsep santai ini juga sesuai untuk disinggahi bersama keluarga disebabkan kepelbagaian menunya.
Yang penting, harga pun sangat berpatutan. Jom kita tengok apa yang membuatkan restoran ni lain daripada yang lain!
Restoran Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen menyediakan pelbagai jenis menu yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja lebih-lebih lagi yang suka dengan masakan pedas.
Antara masakan istimewa kedai makan berkonsep Indonesian Fusion ini adalah seperti Nasi Ayam Gepuk, Nasi Gurami Garing Bersarang, Pecel Lele Bersarang, Nasi Siakap Penyet Bersarang dan juga Nasi Gurami Sambal Kemangi.
Kalau anda bukan selalu dapat datang ke sini atau hanya datang bercuti di JB, anda wajib cuba menu yang terkenal dalam kalangan pengunjung iatu Nasi Ayam Gepuk dan juga Nasi Gurami Garing Bersarangnya.
Memang tak rugilah cuba! Kalau tak cuba yang rugi! Ayamnya sangat juicy. Kalau anda order menu yang ‘bersarang’nya pula, memang betul-betul rangup, sehingga berbunyi “kriuk-kriuk” bila dimakan.