CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4442|Reply: 0

Ketahui Teknik `Mengolok’ Ikan Tongkol

[Copy link]
Post time 11-3-2021 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Ketahui Teknik `Mengolok’ Ikan Tongkol

Istilah mengolok sememangnya popular di Pantai Timur terutamanya Terengganu.  Mengolok lebih menjurus kepada teknik menunda atau trolling umpan. Dalam pancingan ikan tongkol ini, mengolok tongkol adalah perbuatan menunda umpan (apolo) bagi menjerat ikan tongkol.



Mata apolo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol. Saiz mata yang digunakan sekitar pada saiz 10-15. Anak perambut disyorkan 40-60lb setiap satu diikat pada ibu perambut 100-200Ib. Tali perambut 300lb untuk tali utama.


Jika lebih dari 20 ekor tongkol menyambar dalam satu-satu masa, 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik kumpulan tongkol yang tersangkut pada mata apolo tersebut.




Selain itu apolo yang dijual (maksimum 6 mata) boleh digunakan dengan syarat perambut tersebut mestilah melebihi 30lb. Warna bulu yang digunakan untuk membuat apolo tongkol biasanya warna putih (warna bilis) dan sekarang ini warna putih, kuning dan merah turut digunakan.




Awak-awak akan menurunkan set ngolok sepanjang 15-18 meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong perambut ngolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadang-kala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.


Ikan-ikan tongkol yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam raga. Apabila raga penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan tongkol mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.


Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik ngolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan tongkol.


Sumber : www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.099724 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list