CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 5

Budak 2 Tahun Tertelan Berus Gigi

[Copy link]
Post time 11-3-2021 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Seorang amah Myanmar membiarkan anak majikannya yang berusia dua tahun memberus gigi sendiri menyebabkan berus gigi tersekat di dalam kerongkong mangsa.


Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berkenaan, muntah darah.


Susulan kejadian, mangsa dikejarkan di hospital dan mengalami kecederaan di tekak.




Gambar hiasan




Akibat kecuaian itu, pembantu rumah terbabit, Chi Nar Paw Tan, 24, dihukum penjara lapan minggu oleh sebuah mahkamah di sini, kelmarin.


Channel News Asia (CNA) melaporkan, insiden berlaku pada 27 Disember lalu sewaktu Chi ditugaskan memandikan kanak-kanak itu.


Chi kemudiannya membiarkan berus gigi sepanjang 15 sentimeter (cm) berada dalam mulut kanak-kanak berkenaan sebelum melakukan tugasan lain.


Nasib tidak menyebelahi kanak-kanak itu apabila berus gigi digunakan tersekat di dalam kerongkong hingga dia muntah darah.


Chi hanya menyedarinya selepas terdengar jeritan mangsa dari dalam bilik mandi.


Ibu kanak-kanak berkenaan turut terdengar tangisan anaknya dan terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.


Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan menerima bantuan pegawai perubatan untuk mengeluarkan berus gigi yang tersekat di kerongkongnya.


Dia bagaimanapun ditahan di wad bagi mendapatkan rawatan susulan dan hanya dibenarkan pulang pada 31 Disember lalu.


Chi yang berada dalam tahanan sejak Disember turut mendakwa yang dia sering dipukul anak majikannya yang berusia lima tahun.


Selain itu, dia mendakwa diminta minum air kencing dalam cawan oleh anak majikannya yang berusia tujuh tahun.


Wanita itu mendakwa pernah mengadu hal berkenaan. tetapi tidak diendahkan.


Wanita itu turut dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu, namun dia enggan kerana hanya mahu kembali semula ke pangkuan keluarganya.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2021 01:18 PM | Show all posts
ish ish ish

selamat hari wanita sedunia
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua tahun kecik lagi kot, nak kasi dia berus gigi dia sendiri. Me'ols kasi anak meols umur 3 tahun berus sendiri, tu pun, mata meols melekat kat muka dia.
Bahaya sbb berus gigi budak, kecik2 hulu nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg anak majikan umur 5 dan 7 tahun tu kecik2 lagi dh jahat (kalau betol dakwaan maid tu)..agaknya maid tu saje nk balas dendam pada si adik
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentang bukan anak ko.. ko biarkan je 2 tahun berus gigi sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Weh mcm mana tertelan, sbb tulah kena ada pemantauan daripada org tua
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.615711 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list