(TAMADUN YANG DIBERIKAN TUHAN KEPADA MANUSIA YANG TIDAK TAHU MENGHARGAI)
Mungkin ramai yang berkata tinggalan ini tidak segagah dan secantik Candi Borobudur ataupun Angkor Wat, namun bagi peminat sejarah lokasi ini adalah suatu kebanggaan dan mengubah tafsiran sejarah Asia Tenggara. Disinilah satu-satunya tapak peleburan besi kuno yang tidak ada ditempat lain dan paling penting sekali lokasinya ditanah Melayu. Tanah ini bukan sahaja menjadi impian penjajah bahkan bangsa lain yang rakus berimpikan bahawa merekalah penduduk asal, sedangkan tamadun ini sepatutnya dilihat suatu perkongsian budaya dan diplomatik yang agung.
Bagi orang Melayu, disinilah tapak yang membuktikan kekuasaan mereka suatu masa dahulu didalam industri peleburan besi dan perdagangan. Dengan limpahan tuyure yang berselerak, tinggalan batu bata di merata tempat, tinggalan kapal yang masih berada didalam lumpur membuatkan jiwa Melayu seperti bangkit dari tidur. Segala doktrinisasi "Melayu Pemalas" ciptaan penjajah telah lenyap begitu sahaja. Kini orang Melayu mula menjaja kisah Sungai Batu dimana sahaja bahkan dijadikan modal untuk mempertahankan maruah bangsa apabila diperlecehkan bangsa lain.
Namun tempat yang bersejarah ini seringkali menjadi bahan perpecahan, manipulasi dan politik yang tidak berkesudahan. Kajian yang berterusan daripada pihak USM semenjak 2009 seperti tidak dihargai. Anak buah Prof Datuk Mokhtar Saidin bukanlah menguis batu-batu dicelahan pohon kelapa sawit sekadar untuk lulus periksa, tetapi mereka sedang mencari kembali peradaban yang hilang. Mereka ini telah membuktikan rekod-rekod luar seperti catatan Al-Kindi, rekod Tamil Nilakantra Sastri dan Al-Biruni terbukti kebenarannya.
Puisi Pattinappalai telah menceritakan mengenai pedagang India mengimport besi dari Kataram. Al-Kindi dan Al-Biruni pula menceritakan mengenai pedang berkualiti daripada Qalai. Jika dahulu rekod ini sekadar teori dan pernah menjadi bahan ketawa, namun kini tidak lagi bahkan penemuan Sungai Batu telah menutup mulut para pengkritik dengan bukti yang nyata.
Tempat yang pernah menyatukan masyarakat dunia lebih 2700 tahun kini menjadi tempat perpecahan masyarakat. Nampaknya perjalanan Tamadun Sungai Batu akan terus panjang dengan onak duri. Setiap penemuan baru hanya penambah duka dan sengsara. Agak malang bagi sebuah tamadun yang besar diberikan tuhan kepada manusia yang tidak tahu menghargai.
Tapak Arkeologi Sungai Batu bukan calang-calang peninggalan. Jeti-jeti yang ditimbulkan adalah rupa bentuk jeti purba yang terlengkap dalam dunia.
Dalam pengkajian sejarah seluruh dunia, tak ada di mana bukti jeti dan dermaga yang dan kompleks shahbandar yang begitu banyak, tersusun dan terlengkap melainkan yang dijumpai di Sungai Batu, Merbok Malaysia ini. Usia jeti yang paling tua antara jeti-jeti yang ditimbulkan dan dibuka adalah tahub 582 Sebelum Masehi manakala bangunan syahbandar atau bangunan pengurusan jeti adalah tahun 487 Sebelum Masehi. Berjalan dalam tempoh beratus-ratus tahun sebelum Nabi Isa AS dilahirkan.
Tapak peleburan besi di Sungai Batu pula adalah tersenarai sebagai tapak yang mempunyai nilai keunggulan yang tak dapat ditandingi walaupun pada masa ini dan ianya bertaraf dunia. Teratas sekali dalam rekod dunia sejarah, jumlah bukti peleburan besi yang diwakili tuyere, relau, arang, abu pembakaran, sisa besi dan jongkong besi yang terbanyak di dunia. Tapak paling lama digunakan adalah penentu usia tamadun tertua di Asia Tenggara ini iaitu tahun 788 Sebelum Masehi.
Monumen ritual atau tempat peribadatan yang unik. Dibina struktur monumen dalam dua masa berselang makan ratus tahun dengan permulaannya adala bulatan tempat tawaf kemudian ditambah bentuk segiempat dan bulatan di atasnya. Monumen ini satu-satunya monumen ugama yang berbentuk demikian dalam dunia. Satu ni saja dalam dunia buat masa sekarang.
Kalau semua ini bertaraf dunia takkan kita layan tapak ini sehinggakan 20 penempatan haram di kawasan yang hampir dengan Tapak Arkeologi pun tak mampu kita atasi?
Bagaimana kita nak berdepan dengan dunia? Bagaimana kita hendak beritahu dunia akan tinggalan yang cukup hebat ini?
Tinggalan ni bukan tinggalan lain melainkan tinggalan bangsa Melayu. Tepuk dada tanya Melayu dalam diri kita. Kita hendak biarkan bukti tamadun yang dibina oleh bangsa Melayu ini begitu sahaja? Ianya hendak naik tunjukkan diri pun ambil masa 600 tahun. Sekurang-kurangnya anak cucu bangsa Melayu semuanya tahu bahawa mereka adalah bangsa pelebur besi untuk dunia purba.
If you love history, Sungai Batu Archeological Site in Sungai Petani, Kedah is a MUST VISIT!
Sungai Batu is an archaeological site where the oldest civilization in South East Asia was born.
It is also the oldest kingdom in Malaysia.
Special thanks to Professor Datuk Dr Mokhtar Saidin, a world renowned archeological expert and the man who discovered Sungai Batu site. He took us around and taught us a lot about the history of Kedah.
masalahnya kita tak dapat gambaran.. tapak arkeologi ni selalu sy peri masa kecik, mak ayah bawa. tapi tak dpt nak hayati apa2 sebab tak faham. mungkin pengkaji sejarah boleh buat model untuk tunjuk rupa bentuk asal macam mana etc?