Program realiti Muzikal Lawak Superstar (MLS) kembali lagi dengan hosnya Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina). Kali ini tiada lagi jenaka yang menjengkelkan dan pelawak hadir dengan idea lebih segar.
Namun, apa yang menarik perhatian ialah penampilan Nabil, 37 yang berjanggut dengan lawaknya yang tidak lagi klise.
Ianya turut diulas oleh penonton program MLS ini yang kemudiannya mendapat beribu perkongsian di media sosial.
Walaupun karektornya masih sama dengan trademark kuat menyakat, akan tetapi aura Nabil berlainan dengan lawaknya yang lebih matang.
Antara yang diperkatakan adalah Nabil menyelitkan dakwah dalam bentuk peringatan seperti 'jaga wuduk' SOP dan beberapa kali menyebut perkataan MasyaAllah menjelaskan yang Nabil tidak lagi seperti dahulu.
Rupa-rupanya, Nabil keluar untuk khuruj selama tiga hari lalu dikongsikan dalam FB Live bersama Prof Muhaya minggu lepas.
Foto :FB
Menurut Khaizura lagi, ketika ditanya adakah Nabil akan meninggalkan dunia artis, Nabil menjelaskan ada dua jenis kumpulan dalam industri ini. Ada yang bersedia masuk dunia hiburan dan tidak. Bagi dia sendiri, ini lah tanggungjawab untuk berdakwah di kalangan artis.
Bagaimanapun, disebabkan masih belajar, Nabil mohon agar tidak dikecam apabila melakukan kesalahan.
"Eleh, sekejap je tu, sebulan nanti, balik ke asal".
Foto :ig
Nabil mengharapkan agar mereka sekeluarga kekal istiqomah.
Jadi, dengan perubahan Nabil ini, adakah lawaknya akan menjadi hambar atau orang kita sebenarnya yang tidak boleh menerima perubahan? Anda tentukan - CARI
|