CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6848|Reply: 63

Masih belum ambil SPM, gadis 16 tahun teruja sudah bertunang

[Copy link]
Post time 4-3-2021 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Masih belum ambil SPM, gadis 16 tahun teruja sudah bertunang

Sejak kebelakangan ini, kerap kali kita melihat para remaja bertemu jodoh diusia muda dengan menghalalkan hubungan menjadi pasangan suami isteri ataupun mengambil langkah awal dengan melangsungkan pertunangan.

Walaupun masih digelar ‘budak sekolah’, nampaknya hal tersebut bukan penghalang untuk mereka membawa hubungan cinta ke arah yang lebih serius.

Bertunang umur 16 tahun
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Shaetah, dia telah memuat naik video majlis pertunangannya yang baru sahaja berlangsung.


Setahun berkenalan
Apa yang menarik perhatian warganet adalah usianya yang disifatkan masih muda iaitu 16 tahun ketika bertunang.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah masalah buatnya kerana telah yakin memandangkan sudah hampir setahun berkenalan walaupun menjalinkan cinta secara jarak jauh.

Ramai yang tiba2 nak tunang jugak
Perkongsian Shaetah telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Kebanyakkan yang meninggalkan komen adalah golongan remaja yang tidak sabar untuk bertunang dan berkahwin muda juga.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mendoakan agar hubungan mereka terus dipermudahkan dan urusan perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.









Sumber: shaetah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2021 01:42 PM | Show all posts
Definisi kawen muda dulu tak sama dgn definisi kawen muda skrg.. jgn pikir seronok jaa tanggungjawab tu penting..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi macam zaman nenek kita dulu pulak..umur belas2 dah kawen..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex kelig akak 'ikat' bininya masa umo 18 tahun. Jumpa bini masa bini tu 17 tahun ketika mengawas SPM di sekolah lain. Beda umur 10 tahun. Meka bertunang sampai bini abes U (study ditanggung sepenuhnya oleh ex kelig ai) and bini posting jadik cikgu. Terus kahwin. I think jika camni helok gak walau ada unsur2 pedobear grooming.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2021 03:08 PM | Show all posts
biorla diorang nk kawin

bkn korang yg nk tanggung bdk2 tu mkn pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 01:04 PM | Show all posts
dah jad mcm zaman dulu, kawen awal...
zaman skrg cabaran dia lain maciam..
semoga berjaya menempuh dugaan alam perkahwinan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2021 02:32 PM | Show all posts

Budak Form 4 Dah Bertunang, Ramai Cemburu Ke Tu?

Kecoh juga laman sosial apabila gadis berusia 17 tahun mendedahkan sudah bertunang ketika masih di bangku sekolah.


Menerusi dua video yang dimuat naik Shaeetah, di TikTok, dia menceritakan pengalamannya bertunang ketika berusia 16 tahun.




Kredit foto: TikTok




Katanya, walaupun masih di bangku sekolah, ia tidak menjadi penghalang baginya untuk bertunang.


Jelasnya, dia mula berkenalan dengan bakal suami ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Namun, tidak seperti pasangan kekasih lain, mereka tidak dapat bertemu berikutan PKP.


Atas persuratan takdir, bakal suaminya bertindak untuk berjumpa kedua-dua ibu bapanya sebelum mengambil keputusan untuk bertunang walaupun tempoh perkenalan mereka tidak sampai setahun.












Kredit foto: TikTok




Pada masa sama, dia turut meminta netizen mendoakan supaya jodohnya berpanjangan dan segala urusan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan.




Sumber: Ohbulan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah la dik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok laa dia kawin pn..sbb muka dia xde menampakkan usia 16thn..{:smile{:smile{:smile
Ramai plak budak2 belasan tahun kawin kan..makpak setuju jah sbb malas tanggung anak kot..bg je kawin,biar laki plak y tanggung,ye dak?zaman kobid ni,segala benda y boleh "dijual", akan "dijual" laa..asalkn beban dpt dikurangkn{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
org yg mmg target nak kawen bawah 20thun je kot yg cemburu
org yg ada target hidup lain mesti xrasa pape{:run
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah laa dik tapi tunang2 jugak belajar jgn lupaa yer
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 02:54 PM | Show all posts
nnti kalau sambung study ker apa susah la bile dh berkahwin nie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kosser nak jealous
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:21 PM | Show all posts
tak lawa

dah
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:23 PM | Show all posts
kat malaysia pun kan .. apa je yg tak boleh? lagi2 bab kawen2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniahlah semoga berkekalan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 16 tahun badan dah macam mak anak satu dua.... Camner ni dik?
Molek la tunang awal, kahwin awal tapi harap2 jaga badan tu juga..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 03:33 PM | Show all posts
x macm 16 tahun pun
ada ke org kesah
jgn sendiri yg jeles tengok org umo 18 tahun bebas kemana nak pegi
sendiri pulak da kendong ank ke hulu hilir
meroyan pulak  x puas enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur bakal suami dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jeles pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.070608 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list