Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Mac 2021 @ 6:30 AM
Agensi
SARA (kiri) gemar menjalani kehidupan mewah
Tokyo: Selepas menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) wang suaminya, seorang model Jepun akhirnya meminta cerai hanya selepas seminggu berkahwin.
Kato Sari, 29, terkenal di negara matahari terbit sebagai seorang model yang memiliki kehidupan mewah dan menggemari barangan berjenama.
Pada Januari 2020, dia memuat naik video di YouTube mengumumkan perceraiannya dengan suami berusia 36 tahun selepas berkahwin September 2019.
Menerusi video berkenaan, Kato memaklumkan perceraian disebabkan bekas suaminya sudah tidak mampu menanggung kos kehidupan mewahnya.
Kato berkata, dia menghabiskan 12.2 juta dolar Singapura (kira-kira RM34.6 juta) itu sepanjang tiga bulan bercinta dengan bekas suaminya sebelum mereka berkahwin.
Selepas berkahwin, bekas suami memintanya untuk menghentikan gaya hidup mewah kerana syarikat memiliki masalah kewangan, lapor Line Today.
Permintaan itu menyebabkan wanita itu berang dan memaklumkan sudah 'hilang minat' kerana suaminya sudah tidak mampu menanggung gaya hidup mewahnya.
Menerusi satu temu bual, Kato mengakui dia berkahwin hanya kerana wang bekas suaminya selain didorong untuk hidup mewah
Sejak berpisah, Kato dilihat sudah mula memuat naik gambar bersama lelaki lain yang digelarnya sebagai 'lelaki budiman.'
Selepas menyiarkan video mengenai perceraian, ternyata perkongsian itu mengundang kritikan masyarakat Jepun.
Beberapa komen di YouTube menggelarkan Kato sebagai materialistik dan bukan seorang wanita yang baik.
"Sudah pasti dia mendekati lelaki ini (teman lelaki baru) hanya disebabkan wang," kata seorang netizen.
"Kasihan melihat dia seperti tiada kehidupan yang baik setakat ini. Apa keistimewaan dia?" kata seorang lagi netizen yang tidak berpuas hati dengan pengakuan Kato.
dengan duit banyak gitu, i will build my own harem.
satu floor kondo sebagai tempat tinggal gundik2 berbayar.
pilih yg moda2 belaka, umor 23 tahun ke bawah saja
padan muka dgn bekas suami dia.. hahaha.. direct aje pompuan ni state kawen sbb nak live lavish tahap gaban.. hehehehehe.. di mana permintaaan disitu la ada supply....
dasat nya level materialistik dia... sepatutnya goal selepas berkahwin utk sama2 bina hidup.. tp sebab wujud pompuan macam ni lah rosak persepsi masyarakat terhadap pompuan - gold digger.. padahal ramai je cerdik yang bantu bangunkan ekonomi keluarga...
insya Allah, Amin.
bini 4 orang takyah keje, dok rumah jer,
jaga badan dan belajar dancing.
elaun bulanan 10k, helper or assistant sorang satu.
kete sports sorang sebijik, semua dok kondo satu floor,
senang nak jaga kesehatan dan keselamatan nyer.
ini la akibat nya banyak tengok siri muhtesem yuzyil,
berangan jew