“Takde masa nak layan kau…” menyanyi plak di Drive THRU
Berkerja dalam bidang pekhidmatan pelanggan terutamanya di restoran-restoran makanan segera adalah salah satu tugas yang paling mencabar kesabaran. Ini kerana bukan sahaja orang yang lapar lebih banyak kerenah dan cenderung untuk melepaskan geram mereka kepada pekerja di samping menyalahkan pekerja atas segala ketidakpuasan hati mereka. Tetapi juga pekerja-pekerja di restoran-restoran segera sering menjadi mangsa untuk influencer-influencer menghasilkan kandungan bagi laman sosial mereka.
Itulah juga yang dapat dilihat berlaku dalam sebuah rakaman ini apabila seorang pekerja drive-thru didatangi pelanggan yang cuba menggunakannya untuk merakam video TikTok. Dalam video yang tular di Twitter dengan lebih 1 juta tontonan itu, selepas menerima minumannya, seorang pelanggan wanita mula menyanyikan lagu kepada pekerja drive-thru tersebut untuk mengucapkan terima kasih. Namun belum sempat wanita berkenaan habis menyanyi, pekerja lelaki itu menutup tingkapnya dan meneruskan tugasnya di dalam. Tindakan pekerja tersebut membuatkan wanita berkenaan terkejut dan memberitahu rakannya di sebelah bahawa dia sangat malu, manakala rakannya pula menyifatkan pekerja tersebut sebagai kurang ajar.
Walau bagaimanapun rata-rata netizen menyokong tindakan pekerja itu kerana tidak membuang masa serta tenaganya melayan kerenah pelanggan seperti itu.
“Ini bukan ujibakat Disney…” “Tak dibayar cukup untuk menghadap benda ni…”
|