View: 12443|Reply: 51
|
Perodua Ativa dilancar! Ini perkara anda wajib tahu
[Copy link]
|
|
Perodua Ativa dilancar! Ini perkara anda wajib tahu
Akhirnya kenderaan yang anda nanti-nantikan, Perodua D55L atau nama rasminya Ativa telah dilancar hari ini. Seperti pelancaran lain dalam musim pandemik ini, pelancaran Ativa juga dibuat secara maya di laman web Perodua.
Baik, sekarang kami akan kongsikan 10 perkara yang anda wajib tahu mengenai SUV kompak hangat yang pasti menjadi fenomena di Malaysia.
Sebelum itu, kita semua harus jelas bahawa Perodua Ativa memang mempunyai banyak persamaan dengan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky kerana kesemua model ini dibangunkan bersama. Hanya beberapa perkara kecil seperti aspek kosmetik yang membezakan adik-beradik ini.
1. Harga dan varian
Perkara pertama, harga dan varian. Ativa ditawarkan dalam tiga varian iaitu X, H dan yang tertinggi, AV.
Harga masing-masing adalah seperti berikut:
Perodua Ativa X – RM61,500
Perodua Ativa H – RM66,100 hingga RM66,600
Perodua Ativa AV – RM71,200 hingga RM72,000
2. Enjin turbo pertama Perodua
Perodua Ativa dikuasakan oleh enjin 1.0-liter 1KR-VET turbo tiga-silinder. Enjin 996cc ini menghasilkan 98hp pada 6,000rpm dan 140Nm tork pada 2,400rpm.
Walaupun ia merupakan enjin turbo pertama Perodua, asas enjin ini iaitu 1KR-VE sudah digunakan pada model sedia ada seperti Axia dan Bezza.
3. Transmisi CVT pertama
Bukan sahaja enjin turbo, transmisi CVT pada Ativa ini juga yang pertama untuk Perodua. Lebih tepat lagi, D-CVT. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai D-CVT dan perbezaannya dengan CVT biasa di sini.
Gabungan enjin 1.0-liter turbo tiga-silinder dengan D-CVT memberikan Perodua Ativa penjimatan bahan api sehingga 18.9km per liter.
4. Dibina di atas pelantar DNGA
Apa benda pula ni kan? Baik, DNGA bermaksud Daihatsu New Global Architecture, hampir sama seperti TNGA pada Toyota.
Pelantar ini dibangunkan pada 2019, ini juga bermakna Perodua Ativa menggunakan platform global yang moden.
DNGA juga merupakan pelantar jenis monocoque atau unibody, jadi ia lebih sofistikated dari jenis ladder frame yang terdapat pada Aruz.
Sumber : https://www.motoqar.com
|
|
|
|
|
|
|
|
5. Lampu depan dan belakang LED
Perodua Ativa didatangkan dengan lampu LED automatik untuk depan dan belakang secara standard untuk semua varian.
Khas untuk varian H dan AV, sistem lampu LED ini mendapat fungsi Adaptive Driving Beam yang mampu kekal pada high beam tetapi merendahkan pada bahagian-bahagian tertentu untuk mengelakkan silau. Fungsi kereta premium ni!
6. Paparan instrumen digital 7.0-inci
Varian H dan AV dilengkapi dengan paparan instrument digital 7.0-inci yang juga menjadikan Ativa model pertama Perodua tanpa meter analog. Canggih, kan?
7. Skrin infotainmen floating 9.0-inci
Di panel tengah pula, terdapat skrin jenis floating bersaiz 9-inci untuk sistem infotainmen (varian H dan AV sahaja).
Selain fungsi-fungsi biasa seperti radio, media dan Bluetooth, ia juga menyokong fungsi Smart-Link untuk sambungan dengan telefon pintar.
8. Advanced Safety Assist (ASA)
Sama seperti Myvi, Bezza dan Aruz, Perodua Ativa juga dilengkapi pakej Advanced Safety Assist (ASA). Dua ciri iaitu Lane Departure Warning (LDW) dan Lane Departure Prevention (LDP) sebagai standard.
Walaubagaimanapun khas untuk varian AV, terdapat tambahan Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), menjadikannya bertaraf Autonomous Level 2.
Perodua Ativa juga menerima penarafan 5-bintang dalam ASEAN NCAP.
9. Pilihan warna
Ativa varian X dan H boleh dipilih dengan warna Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue, dan varian H juga boleh didapati dengan warna Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.
Varian AV lebih istimewa, dengan pilihan warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red, serta tambahan warna dwi-tona (bumbung dan tiang-A hitam) untuk dua warna Pearl tadi.
10. Waranti dan jaminan
Perodua Ativa ditawarkan dengan jaminan 5-tahun atau 150,000km. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakyung tunggu setahun dulu tengok ape problem dia baru beli.. Dah lama masuk dalam list nak tukar cik viva kakyung... Ehekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
engine 1.0 ... mcm a bit sluggish la performance considering badan besar |
|
|
|
|
|
|
|
Iols tak pasti antara yg ni atopon x50 yg best.. tunggu lepas iols balik blaja dan berjaya simpan duit lagi baru iols skodeng balik |
|
|
|
|
|
|
|
AKAZ85: Kakyung tunggu setahun dulu tengok ape problem dia baru beli.. Dah lama masuk dalam list nak tukar cik viva kakyung... Ehekkkkk
Amik proton x70 je la
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ya i rasa X70/X50 match dengan logo proton kepala rimau tu tapi mcm perodua ni dia mcm x menarik. nama model pun x menarik. dah ada X ada pulak H .
apsal tak Z terus
|
|
|
|
|
|
|
|
baik beli tiguan
|
|
|
|
|
|
|
|
piao: baik beli tiguan
Tiguan gearbox rosak engin rosak menangis kereta tu adik bradik audi yang terkenal dengan kerosakan elektronik
Baik ambil rav4, kaka dah try rav4 berbaloi lah cuma harga akan turun bila ckd
Berbanding dgn crv bunyi dalam bising x sesenyap rav4. Kalau xnak pening kepala beli toyota. 5 tahun tutup mata xperlu sakit kepala fikir rosak
Moga semua berjaya beli kereta idaman masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 6-3-2021 12:21 PM
Iols tak pasti antara yg ni atopon x50 yg best.. tunggu lepas iols balik blaja dan berjaya simpan du ...
x50
hp = 147
torque = 226nm @1500-4000 rpm
Ativa
hp = 96
torque = 140nm @ 2400-4000 rpm
dah alang2 beli kereta turbo baik pakai yg lebih berkuasa
Ativa tu mcm pakai myvi 1.5 je dia punya power engine
|
|
|
|
|
|
|
|
Depan dah ok
Belkg hodoh gila
Turn off kat situ
Sama macam honda brv
Hodoh betul lampu belakang
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tukar p ertiga baru la banyak mpv mampu milik nak keluar..huhuu..cuma sayang tu la..ertiga punya kusyen bukan pvc. ada ank kecik ni mmg nk cari kusyen pvc..nti la nk tukar kusyen tu. sakit mata tengok kusyen tompok tompok |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 6-3-2021 10:00 PM
Tiguan gearbox rosak engin rosak menangis kereta tu adik bradik audi yang terkenal dengan kerosaka ...
Kawan kaka ckp gearbox cpt rosak sbb pki minyak itam dgn enjin oil cikai..kete jenis ni minyak tukar bkala sbb cuaca kita xsama dgn European countries |
|
|
|
|
|
|
|
tulah kereta cmtu driver oriented sedap bawa smooth and aggresive. kalau rosak boleh botak kening fariska nak repair walaupun suami dia pencen jusa C . |
|
|
|
|
|
|
|
piao replied at 6-3-2021 06:54 PM
baik beli tiguan
Hehe my evoque still ok i sorang je yg pakai pun. Target next year baru tukar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|