Sudah rujuk kembali! Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau Anju mengakui sudah pun rujuk semula dengan bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas. Fuh, selepas muat naik gambar gembira memegang sejambak bunga, akhirnya ada juga berita gembira.
Kredit foto - Instagram Zarina Anjoulie
Justeru, Zarina memberi amaran kepada wanita di luar sana supaya berhenti menghantar mesej kepada Yas.
Kredit foto - Instagram Zarina Anjoulie
Bagaimanapun, Anju didapati memadam kenyataan itu beberapa minit selepas ia dimuat naik.
"Ya, betul (rujuk). Kami pun dah berbincang dan berbaik-baik, Alhamdulillah. Kami berdua nak perbaiki lagi diri dan rumah tangga. Mungkin sebelum ini, dua-dua ego.
Tapi selepas berfikir dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senangkan. Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik.
Terutama dari segi agama, nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak. Kalau jodoh dan cinta itu kuat, Insya-Allah. Saya harap semua orang dapat mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua," jelasnya dipetik dari mStar.
Tahniah Zarina kerana berjaya mengekalkan masjid yang dibina. - CARI
|