Tindakan seorang lelaki dipercayai berstatus suami yang menunjukkan dia sedang curang menerusi aplikasi TikTok mengundang kemarahan warganet baru-baru ini, lapor portal Suara.com.
Kredit foto: Twitter @txtdarigajelas
Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki yang berbaring di atas katil kelihatan berbual dengan isterinya melalui panggilan video.
“Papa masih tidur? Sudah solat Subuh ke belum,” tanya isterinya.
Dia kemudian menghalakan kameranya ke sudut lain di biliknya yang memaparkan seorang wanita sedang berdiri di hadapan cermin dengan berpakaian gaun tidur.
“Sudah Ma. Papa sudah solat Subuh,” jawab lelaki tersebut sebelum isterinya didengari mendoakan kesejahteraannya.
Kredit video: Twitter @txtdarigajelas
Bahkan, ia juga mendapat komen daripada ramai pengguna laman Twitter, yang rata-ratanya marah dengan lelaki berkenaan.
“Ada yang bangga ya menyebarkan aib sendiri?” kata seorang pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut, @txtdarigajelas.
Sumber: Kosmo! |