CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 7

Kompaun RM10K Ingkar PKP, Orang Ramai Anggap Terlalu Tinggi

[Copy link]
Post time 27-2-2021 10:54 AM | Show all posts |Read mode





Berkuatkuasa mulai 11 Mac 2021, orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000. Manakala syarikat yang melakukan sama pula boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000 .

Semua ini dilakukan demi memastikan orang ramai agar patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP dan mendidik mereka betapa pentingnya untuk mematuhi arahan ini.


Kredit foto: Berita Harian




Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun trmasuklah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.








Walaubagaimanapun, berdasarkan komen orang ramai, kebanyakan daripada mereka menyuarakan rasa tidak senang dengan nilai denda ini.






Kredit foto: Twitter Sinar Harian



Sebagai info, di Singapura hukuman pesalah pertama ingkar  SOP adalah SG$10,000 (kira-kira RM 30,000), kesalahan kedua SD20,000 (RM60,000).



Manakala di Korea Selatan kesalahan pertama, denda RM35,000 dan di Indonesia pula, 300 juta rupiah (RM82,343.91). Dapat dilihat jumlah tersebut berkali ganda lebih tinggi daripada denda di negara kita.


Denda RM1000 sebelum ini pun sudah cukup memberi kesan kepada golongan kurang berkemampuan, apatah lagi denda RM10000.


Jadi, langkah terbaik untuk mengelakkan mengeluarkan wang sebanyak itu ialah patuhi SOP. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Gulingkan kerajaan. Hidup anwar ibrahim.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
"Selibu ka....talak kisah.....wa boleh bayar maaa"-olang kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg carrot pastu rotan big stick.. Hahaha

Siapa kata govt ni skrg bagos.. Menteri kkm ada 3 pon xguna. Tpaksa transfer tugas kat menteri lain plak.. Lols
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasuah atau rakyat yang cuci2 duit bley ler bayar 10k.....easy money kan

Rakyat yang kejer tungkus lumus memang teraser ler nak bayar denda 10k
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 07:59 PM | Show all posts
Aku risau ketelusan & keadilan...kdg tak sengaja jadi mcm kes acik kluar kete nak angkat anak kat sebelah pasenger seat,parking takde org plak tu..
Atau uncle yg duduk sorang2 kat taman,tiberrr kena denda atau
Kes kat borneo kluar kampung naik 4x4 penuh.

Takut takde budi bicara kat situ ..jadi kes aniaya je.

Kes bin zahid merenyih kat insta konon jumla meeting bole plak kurang jadi 800!
Bayar lawyer lagi mahal dari denda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan kayangan mampu la bayar sampai 10k..rakyat marhaen ni rm100 pun perit
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 03:14 PM | Show all posts
itu pun nak bising. mesti yg bnyk bunyi ni yg sering inkar peraturan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072118 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list